Berita Harian

Marcote mangsa tangan ghaib

Penyokong anggap langkah ‘turunkan pangkat’ tak adil buat jurulatih

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Keputusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) ‘menurunkan pangkat’ Ramon Marcote menimbulka­n banyak persoalan di kalangan peminat skuad Helang Merah yang mahu persatuan mendedahka­n apa yang sebenarnya berlaku di dalam pasukan.

Sebagai penyokong yang sentiasa berdiri di belakang skuad Helang Merah, mereka mahu tahu apa pertimbang­an yang diambil oleh KFA ketika membuat keputusan mengenepik­an ketua jurulatih berkenaan.

Tindakan itu dilihat tidak adil buat pengendali berkenaan selepas hanya mengemudi pasukan untuk lima perlawanan saja sepanjang musim ini.

Pengerusi Persatuan Penyokong Lang Merah (LMFA), Wan Syazwan Wan Fadzelah menegaskan, tindakan itu tidak adil buat Marcote kerana jurulatih berkenaan hadir ke Kedah ketika aksi Liga Malaysia (Liga M) hampir membuka tirai.

“Kalau pengurusan ‘bedah siasat’, penyokong juga mahu tahu apa hasilnya. Adakah KFA mendapati kelemahan itu berpunca daripada Marcote sendiri atau pun pemain sehingga mengehadka­n perancanga­n yang mahu diatur oleh barisan kejurulati­han.

Beri ruang

“Bagi kami, berilah ruang untuk Marcote buat perubahan pada jendela perpindaha­n kedua. Sebelum ini, pernah berlaku kes yang hampir sama sehinggala­h Kedah menandatan­gani Thiago Augusto Fernandes dan Shane Smeltz. Selepas kehadiran mereka, prestasi pasukan makin baik.

“Sebab itulah, kali ini kami juga berharap Marcote diberi peluang. Berilah ruang kepada Marcote membaiki prestasi pasukan dan pilih pemain yang dia mahukan,” katanya.

Wan Syazwan berkata, berdasarka­n apa yang berlaku ketika ini, ia seolah-olah seperti disengajak­an dan seperti ada ‘tangan ghaib’ yang mahu menyingkir­kan Marcote.

Bagi Marcote sendiri, beliau tetap menghormat­i keputusan KFA dan pada masa sama mengharapk­an Kedah mampu menjulang piala seperti disasarkan.

“Seperti yang semua tahu, pengurusan Kedah FA ambil keputusan untuk tidak meneruskan khidmat saya selaku ketua jurulatih. Saya hormati keputusan yang dibuat KFA.

“Saya harap Kedah dapat memenangi piala tahun ini. Dalam beberapa hari ini, saya akan membuat keputusan mengenai masa depan saya.

“Apa juga keputusan, saya tetap rasakan Kedah sebagai ‘rumah’ sendiri,” kata Marcote menerusi laman sosial Instagram.

 ??  ?? Marcote (tengah) ketika mengendali latihan pemain Kedah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia.
Marcote (tengah) ketika mengendali latihan pemain Kedah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia