Berita Harian

Hafiz kena rehat tiga bulan lagi

- Oleh Rodly Fadly

Kuala Lumpur: Pemain tengah Perak, Hafiz Kamal terpaksa melupakan hasratnya untuk kembali beraksi bulan depan apabila doktor mengesahka­n dia perlu berehat selama tiga bulan lagi kerana kecederaan lutut kiri dialami belum pulih sepenuhnya.

Hafiz yang pada awalnya dijangka dapat bermain semula pada April kini terpaksa menunggu sehingga Julai untuk merasai aksi pertama musim ini selepas berehat sejak menjalani pembedahan November lalu.

“Proses pemulihan saya agak perlahan kerana sepanjang tempoh dua bulan pertama selepas pembedahan, doktor menasihati saya supaya berehat sepenuhnya tanpa melakukan sebarang aktiviti.

“Malah, doktor mengarahka­n saya supaya menggunaka­n tongkat semasa berjalan bagi memastikan kaki saya tidak memijak lantai kerana sebarang bebanan ke atas lutut yang dibedah boleh melambatka­n lagi proses pemulihan.

Putus urat

“Saya hanya mula menjalani latihan ringan serta memulihkan kecergasan pada Februari lalu. Saya jangka dapat beraksi semula apbila liga yang berehat sekarang bersambung bulan depan tapi pemeriksaa­n barubaru ini mengesahka­n kecederaan saya belum pulih sepenuhnya.

“Kini, jangkaan terbaru doktor adalah pada Julai. Ia agak mengecewak­an tapi apa nak buat, saya terpaksa akur dengan nasihat doktor,” katanya.

Hafiz mengalami koyakan tisu lutut dan putus urat semasa menjalani latihan untuk menghadapi Pahang pada suku akhir pertama Piala Malaysia pada akhir September, musim lalu.

Ia adalah kecederaan paling serius pernah dialami pemain itu sepanjang kariernya bersama Pahang, Selangor dan kini Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia