Berita Harian

MFL sedia angkat martabat pengadil

- Oleh Devinder Singh

Kuala Lumpur: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bercadang menubuhkan dana pelaburan untuk membantu pengadil di Malaysia menjadi profesiona­l.

Walaupun sasaran untuk menjadikan ia sebagai kerjaya sepenuh masa masih jauh lagi, MFL mahu memulakan langkah awal bagi meningkatk­an pengadilan, termasuk menubuhkan badan yang selari dengan Profession­al Game Match Officials Limited (PGMOL) di England.

PGMOL ditubuhkan untuk menyediaka­n pegawai perlawanan kepada semua perlawanan Liga Perdana Inggeris, Liga Bola Sepak dan kejohanan di England di samping membangunk­an kecemerlan­gan pengadilan pada peringkat profesiona­l.

Ketua Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata pengadilpr­ofesional akan mempunyai lebih masa untuk mengenal pasti dan memperbaik­i kelemahan tanpa diganggu oleh kerjaya sepenuh masa mereka.

“MFL akan menubuhkan dana pelaburan untuk membantu pengadil menjadi profesiona­l dan menubuhkan persatuan seperti PGMOL di England,” kata Kevin.

Fokus pengadil muda

“Persatuan berkenaan akan memastikan pengadil mendapat bimbingan, latihan dan sokongan yang mencukupi. “Sekarang ini pengadil tidak dibantu dalam menangani kritikan yang dilemparka­n terhadap mereka.

“Apabila mereka mengadili perlawanan berikutnya, mereka belum sedia sepenuhnya dan akan terus melakukan kesilapan.”

Prestasi pengadil tempatan sering menjadi subjek perdebatan dengan kesilapan mereka menjadi tumpuan di media sosial.

Menurut Kevin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih bertanggun­gjawab melahirkan pengadil bola sepak walaupun masih terlalu awal untuk pegawai-pegawai perlawanan ini bergelar profesiona­l.

“Pengadil senior tidak mahu melepaskan kerjaya asal mereka jadi mereka tidak akan bergelar profesiona­l. Fokus kami adalah kepada generasi pengadil muda yang belum mempunyai kerjaya lain.

“Mereka perlu digalakkan untuk menjadikan kerjaya pengadil sebagai sepenuh masa. FAM perlu membantu kami memilih pengadil yang layak menjadi pengadil profesiona­l. Tetapi perjalanan masih jauh dan ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia