Berita Harian

Separuh sasaran hampir dicapai

Kehadiran syarikat MNC bukti pelabur yakini dasar ekonomi kita

- Oleh Rohaniza Idris, Mahanum Abdul Aziz dan Alzahrin Alias

Malaysia berada dalam kedudukan kukuh untuk meraih 50 peratus daripada pelaburan keseluruha­n yang disasarkan pada tahun ini, iaitu RM200 bilion.

Ia susulan kemasukan pelaburan Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) berjumlah RM28 bilion akhir bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata mengikut Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), kira-kira 40 peratus atau RM80 bilion pelaburan kini berada dalam perancanga­n.

Beliau berkata, dasar ekonomi mesra pelabur yang diamalkan Malaysia menjadi antara faktor utama syarikat multinasio­nal (MNC) terkemuka dunia melabur dan menjadikan negara ini sebagai destinasi untuk mengembang­kan perniagaan.

Katanya, kehadiran syarikat MNC itu menjadi petunjuk besar keyakinan pelabur terhadap negara ini.

Najib berkata, dalam tempoh 12 bulan lalu, banyak syarikat global melancarka­n hab serantau di Greater Kuala Lumpur antaranya ialah Honeywell, Oracle, Air Liquide, Givaudan, AXA dan HSBC.

“Komuniti perniagaan antarabang­sa menunjukka­n keyakinan mereka terhadap Malaysia pada 2017 dengan jumlah pelaburan swasta diluluskan oleh MIDA sebanyak RM197 bilion, yang mana RM54.7 bilion mewakili pelaburan langsung asing (FDI).

Projek pelaburan lulus meningkat

“Jumlah projek pelaburan diluluskan juga meningkat 5.8 peratus kepada 5,466, yang akan mewujudkan kira-kira 140,000 pe- luang pekerjaan,” katanya ketika melancarka­n Program Tahunan Investkl Peringkat Menteri di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir ialah Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri MITI Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Pengerusi Investkl, Datuk Seri Michael Yam dan Ketua Pegawai Eksekutif Investkl, Datuk Zainal Amanshah.

Sejak 2011, Perdana Menteri berkata, Investkl juga berjaya menarik 73 MNC terkemuka dengan lebih RM11 bilion pelaburan komited dan diluluskan, yang mewujudkan kira-kira 11,000 pekerjaan berkemahir­an dan bernilai tinggi serantau.

Landasan tepat capai sasaran

“Selain hab prinsipal, projek lain yang diluluskan MIDA termasuk Osram Opto Semiconduc­tors; Pusat Kecemerlan­gan Global B.braun, hab pengeluara­n ASEAN Peugeot dan Pusat Rantaian Bekalan dan Pengedaran Serantau IKEA bagi ASEAN,” katanya.

Dengan menarik 73 MNC sejak 2011, ia mewakili 73 peratus daripada sasaran menarik 100 MNC menjelang 2020.

Perkembang­an itu sekali gus meletakkan Investkl berada dalam landasan tepat untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Dalam tempoh 2011 hingga 2017, sebanyak RM4.5 bilion atau 41 peratus daripada RM11.07 bilion pelaburan sudah direalisas­ikan.

Sebagai tambahan, 5,831 atau 53 peratus daripada 10,971 pekerjaan berkemahir­an serantau sudah berkhidmat.

Seramai 80 peratus yang mendapat pekerjaan adalah rakyat Malaysia dengan purata pendapatan tahunan RM114,676 atau AS$29,705.

Menuju ke hadapan, Zainal berkata, Investkl menyasar untuk menarik 10 MNC tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya akan kekal fokus untuk menarik pelaburan bernilai tinggi dan berkemahir­an tinggi, selain bercadang untuk menarik lebih ramai MNC daripada Asia, khususnya Jepun, China dan Korea Selatan.

“Tahun ini, kami menyasarka­n untuk menarik MNC terbabit dalam minyak dan gas, kejurutera­an, aeroangkas­a dan mempunyai akses kepada ruang digital dan teknologi maju,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia