Berita Harian

PNB agih RM1.88 bilion dividen, bonus

-

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumka­n agihan pendapatan berjumlah RM1.88 bilion untuk lima dana yang diurus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018.

Ia termasukla­h Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), Amanah Saham Malaysia (ASM) dan ketigatiga dana di bawah payung Amanah Saham Gemilang (ASG) iaitu Asgpendidi­kan, Asg-kesihatan dan Asg-persaraan.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata pengagihan pendapatan bagi pemegang unit ASB 2 ialah 6.75 sen seunit, manakala pemegang ASM menerima 6.25 sen seunit.

“Bagi ketiga-tiga dana di bawah ASG, masing-masing mengagihka­n pendapatan sebanyak 4.80 sen seunit (Asg-pendidikan), 5.20 sen seunit (Asg-kesihatan) dan 5.15 sen seunit (Asg-persaraan).

“Prestasi yang lebih baik ini adalah selaras dengan tumpuan dana untuk memberikan pulangan yang seimbang melalui pelaburan dalam ekuiti dan pendapatan tetap.

Jana pulangan keseluruha­n

“Ia juga seiring dengan strategi PNB untuk memfokuska­n dana harga berubah-ubahnya untuk menjana pulangan keseluruha­n kepada pemegang unit,” katanya pada majlis pengumuman agihan berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

ASB 2 akan membayar sejumlah RM562.9 juta agihan pendapatan kepada 348,000 pemegang unit yang kini memegang sejumlah 9.4 bilion unit.

Sehingga 28 Februari lalu, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih RM551.2 juta.

Pendapatan bersih RM551.2 juta

Sementara itu, agihan pendapatan ASM membabitka­n sejumlah RM1.11 bilion yang akan memanfaatk­an lebih 540,000 pemegang unit.

Sehingga 28 Februari lalu, ASM mencatatka­n pendapatan bersih RM551.2 juta.

Mengulas lanjut, Abdul Wahid berkata, PNB kekal optimis dengan pencapaian yang boleh dicapai pada tahun mendatang.

“Kami berharap tahun ini akan memberi kesan baik untuk ekonomi tempatan dan pasaran saham,” katanya.

PNB adalah syarikat pengurusan dana terbesar di negara ini dengan aset di bawah pengurusan kini mencecah RM279 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia