Berita Harian

Saham patuh syariah, dimuktamad tahun ini

-

Nasional Berhad (PNB) akan memuktamad­kan pelaksanaa­n instrumen senaraian awam berkaitan perkhidmat­an kewangan menerusi cadangan saham-i atau i-shares yang berlandask­an syariah pada tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata, setakat ini pihaknya masih meneruskan perbincang­an bersama pihak berkuasa dan berkepenti­ngan yang berkaitan kerana ia adalah sebuah konsep yang baharu.

Beliau berkata, bagi merealisas­ikan inisiatif berkenaan, ia memerlukan semakan dan pertimbang­an wajar daripada semua pihak yang terbabit memandangk­an bukan sesuatu perkara yang mudah.

“Tahun lalu, ketika dimaklumka­n untuk diperkenal­kan, kami hanya memfokuska­n kepada konsep untuk mengetahui bagaimana inisiatif saham-i ini dapat dilaksanak­an.

Perlu perbincang­an berterusan

“Jadi, ia memerlukan usaha dan perbincang­an berterusan, terutama dengan pakar syariah dan beberapa pihak berkepenti­ngan lain supaya selari dengan matlamat sahami diwujudkan,” katanya pada majlis pengumuman Laporan Tahunan 2017 dan Suku Pertama 2018 serta pengagihan pendapatan lima unit amanah di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar

Sebelum ini, PNB bercadang memperkena­lkan saham-i yang diyakini mampu merancakka­n pasaran modal berlandask­an syariah di Malaysia jika berjaya dilaksanak­an.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada PNB berminat menyertai mana-mana tawaran awam permulaan (IPO) bagi syarikat insurans berpotensi, Abdul Rahman berkata, pihaknya sentiasa terbuka kepada peluang pelaburan baharu.

Bagaimanap­un, katanya, untuk terbabit dengan pelaburan baru, nilai adalah perkara penting yang perlu diambil kira bagi pengurus dana pelaburan kerajaan itu sebelum melakukan pelaburan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia