Berita Harian

Axiata Digital perkenal khidmat ‘ada’

-

Digital Services Sdn Bhd (Axiata Digital), cabang perkhidmat­an digital Axiata Group Bhd, memperkena­lkan perniagaan digital bersepadun­ya, ‘ada’ yang membabitka­n analisis, data dan pengiklana­n.

Ketua Pegawai Portfolio Axiata Digital, Srinavas Gattamneni, berkata ‘ada’ adalah perniagaan pemasaran digital bersepadu menggabung­kan sains data, teknologi dan kreativiti untuk jenama serta perniagaan di Asia.

Srinavas berkata, ketika ini pelaburan pengiklana­n digital menyamai pelaburan pengiklana­n komersial TV dan angka itu dijangka meningkat beberapa tahun akan datang.

“Ramai pengiklan sudah berubah arah mereka kini dengan pengiklana­n digital kerana ia lebih mudah sampai kepada pengguna. Ditambah pula dengan teknologi data kami yang menyeluruh, platform ‘ada’ bakal menjadi pilihan utama.

“Ia disokong data telekomuni­kasi dan inventori teknologi Adparlor serta data pihak ketiga yang bakal membantu jenama dan perniagaan memenuhi permintaan pengguna yang pantas berkembang dalam platform digital,” katanya.

Manfaat data Xact

Srinavas yang juga pemangku Ketua Pegawai Eksekutif ‘ada’ berkata, ia turut memanfaatk­an platform pengurusan data milikan, Xact, yang mempunyai data lebih 300 juta individu.

Beliau berkata, ia menjadikan Axiata Digital di kedudukan unik bagi mengoptimu­mkan perancanga­n perjalanan pengguna, pemprofila­n pelanggan dan sasaran tujuan.

Katanya, selain kekuatan data dan teknologi, ada juga mempunyai kepakaran tenaga kerja dan pakar digital 180 orang di 10 lokasi pasaran ada di Asia, termasuk 40 jurutera dan saintis data.

“Analisis data adalah keutamaan bagi masa depan pengiklana­n dan menjangkak­an 90 peratus keputusan pemasaran akan ditentukan oleh data dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital, Mohd Khairil Abdullah, berkata menerusi penyepadua­n tawaran berkenaan, Axiata Digital dapat memanfaatk­an data ke arah merapatkan lingkaran bagi jenama daripada pembabitan pelanggan untuk memperoleh­i lonjakan seterusnya dalam keberkesan­an pemasaran digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia