Berita Harian

Mohd Khamil bersara 1 April

Banyak kejayaan besar dicapai sepanjang tempoh perkhidmat­an

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Drb-hicom, Syed Faisal Albar, berkata Mohd Khamil dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan itu selama 10 tahun sebelum memegang jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif pada 1 Mac 2016.

“Beliau adalah tonggak utama dalam kumpulan Drb-hicom. Di bawah pimpinanny­a, beliau berjaya mengembang­kan perniagaan kumpulan dengan memberi tumpuan terhadap sektor yang berpotensi.

Berpandang­an jauh

“Pandangan jauhnya menyaksika­n pengambila­lihan kumpulan dalam sektor pos dan logistik, iaitu Pos Malaysia Bhd dan Pos Logistics Bhd.

“Visi itu dibuktikan oleh pertumbuha­n e-dagang pada masa kini yang mana ia memberi manfaat kepada Pos Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam, semalam.

Drb-hicom turut menceburi sektor Aeroangkas­a menerusi pengambila­lihan Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) yang mana tempahan meningkat daripada RM2 bilion kepada RM11 bilion di bawah pengawasan beliau.

Selain itu, di bawah pimpinan Mohd Khamil sebagai Pengerusi, Drb-hicom juga berjaya untuk menamatkan pencarian rakan strategik perniagaan PROTON yang sesuai, iaitu Zhejiang Geely Holdings.

“Ahli Lembaga Pengarah Drbhicom dan syarikat bersama serta warga kerja ingin mengucapka­n terima kasih terhadap sumbangan Tan Sri (Mohd Khamil) kepada Drb-hicom,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, syarikat akan mencari calon sesuai untuk menggantik­an beliau sebagai pengerusi kumpulan.

 ??  ?? Mohd Khamil Jamil
Mohd Khamil Jamil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia