Berita Harian

Industri insurans tempatan diunjur kukuh

Etiqa catat untung sebelum cukai lebih RM1 bilion buat kali pertama

- Oleh Sofyan Rizal Ishak

55 peratus rakyat Malaysia memiliki perlindung­an insurans hayat pada masa ini.

“Kami optimis industri insurans akan lebih baik tahun ini dan ia akan turut membantu kami dalam mencatatka­n prestasi lebih cemerlang berbanding tahun lalu,” katanya pada pelancaran kempen #DEMI di Kuala Lumpur, semalam.

Etiqa, sayap insurans dan takaful bagi Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatka­n keuntungan sebelum cukai melebihi RM1 bilion buat kali pertama dengan peningkata­n 18.5 peratus kepada RM1.01 bilion bagi tahun kewangan berakhir Disember 2017 berbanding RM855 juta pada tahun sebelumnya.

Mengulas lanjut, Kamaludin berkata, syarikat menyasarka­n untuk mencatatka­n keuntungan sebelum cukai melebihi jumlah berkenaan pada tahun ini dibantu melalui penganjura­n pelbagai kempen promosi dan kesedaran yang bakal diadakan.

Catat prestasi baik tahun lalu

“Tahun lalu adalah tahun baik untuk kami, yang mana syarikat berjaya ke Indonesia serta mencatatka­n prestasi baik di pasaran Filipina dan Singapura dengan keuntungan sebelum cukai melebihi RM1 bilion.

“Untuk tahun ini, kami lihat masih terlalu awal menetapkan sasaran sebenar, namun tetap yakin mampu mencatatka­n keputusan lebih baik berdasarka­n jangkaan prospek industri positif,” katanya.

Lantik Awal Ashaari duta kempen #DEMI

Sementara itu, Etiqa menjalin kerjasama dengan pelakon dan pengacara televisyen, Awal Ashaari yang dilantik sebagai duta kempen #DEMI selama setahun.

Kempen itu bakal menyaksika­n Awal menyertai siri jelajah di cawangan Maybank terpilih seluruh negara bagi memberi kesedaran mengenai kepentinga­n insurans dan takaful kepada rakyat Malaysia terutama bagi mereka yang tidak memiliki pelan perlindung­an insurans dan takaful.

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE/BH] ?? Kamaludin (kanan) dan Awal pada pelancaran kempen #DEMI di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AZIAH AZMEE/BH] Kamaludin (kanan) dan Awal pada pelancaran kempen #DEMI di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia