Berita Harian

IKEA Toppen Tebrau bakal sedia 5,000 peluang kerja

-

5,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan selepas Pusat Beli-belah Toppen di Tebrau yang mempunyai nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM900 juta siap pada suku ketiga 2019.

Ia bakal menjadi pusat membeli belah IKEA yang terbesar di Asia Tenggara.

Pengarah Urusan, Christian Rojkjaer, berkata pusat membelibel­ah seluas 1.1 juta kaki persegi itu adalah yang ketiga milik kumpulan itu di Malaysia dan dijangka boleh memuatkan sejumlah 300 peruncit menawarkan produk dan perkhidmat­an yang akan melengkapi IKEA Store Tebrau sebagai gedung penyewa utama.

“Pusat Beli-belah Toppen dijangka dapat menarik 15 juta pengunjung pada 2020, bukan saja dari Johor Bahru, malah dari wilayah selatan Malaysia dan Singapura. Ia juga akan membawa beribu-ribu peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Kami memilih Johor Bahru kerana sudah menyaksika­n secara harian, perkembang­an yang sedang berlaku, khususnya di dalam Iskandar Malaysia.

“Kami berasa bangga untuk menjadi sebahagian daripada pembanguna­n itu dan penyumbang kepada ekonomi negara,” katanya kepada pemberita di Johor Bahru, semalam.

Tingkat sektor ekonomi lain

Katanya, selain daripada peluang pekerjaan, pusat beli-belah itu juga akan membantu meningkatk­an sektor ekonomi lain termasuk perusahaan kecil dan sederhana tempatan.

“Kami sudah pun menjalanka­n kerjasama dengan syarikat tempatan di sini, bukan sahaja untuk tujuan penjualan semula, tetapi juga sebagai pembekal.

“Kami ada syarikat tempatan yang membekalka­n bebola daging halal dan kepak ayam, jadi, kami turut menyumbang kepada rantaian ekonomi penawaran dan permintaan secara keseluruha­n,” katanya.

 ?? [FOTO ZAIN AHMED/BH] ?? Rojkjaer (kanan) bersama Pengarah IKEA Asia Tenggara, Christian Olofsson menunjukka­n kawasan pembinaan pusat beli-belah Toppen pada sidang media di IKEA Tebrau, Johor Bahru, semalam.
[FOTO ZAIN AHMED/BH] Rojkjaer (kanan) bersama Pengarah IKEA Asia Tenggara, Christian Olofsson menunjukka­n kawasan pembinaan pusat beli-belah Toppen pada sidang media di IKEA Tebrau, Johor Bahru, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia