Berita Harian

Suasana dagangan masih negatif

546 kaunter catat kerugian

- ULASAN PASARAN

Bursa Malaysia ditutup ren

semalam dengan peningkata­n dalam saham wajaran tinggi terpilih diimbangi oleh pengambila­n untung dalam saham mewah dan saham bermodal kecil yang terlebih beli.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 0.08 peratus atau 1.52 mata lebih rendah kepada 1,856.35 daripada 1,857.87 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks utama dibuka tinggi 1.47 mata kepada 1,859.34 dan bergerak antara 1,854.50 dan 1,860.56 sepanjang sesi dagangan.

Pada jam akhir dagangan, in- deks kurang memberangs­angkan semasa dagangan dalam julat kecil.

Suasana pasaran negatif dengan 546 kaunter rugi berbanding 330 kaunter untung, 384 kaunter tidak berubah, 651 tidak diniagakan dan 57 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.88 bilion unit bernilai RM2.09 bilion daripada 2.08 bilion unit bernilai RM1.81 bilion pada Rabu.

Peniaga berkata, pasaran sa

serantau kebanyakan­nya tinggi walaupun ditutup lebih rendah di Wall Street, disebabkan penurunan berterusan dalam saham teknologi.

“Pengambila­n untung berlaku menjelang Good Friday esok (hari ini), yang adalah cuti umum di Singapura dan Hong Kong.

“Dengan ketidakpas­tian mengenai ketegangan perdaganga­n global dan kedudukan sektor teknologi AS, sebahagian pelabur memilih untuk terus berhati-hati dalam tempoh jangka pendek,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM10.52, Public Bank meningkat empat sen kepada RM24.00 dan Tenaga menambah 36 sen kepada RM16.16.

CIMB susut satu sen kepada RM7.16 dan Petronas Chemicals turun 10 sen kepada RM8.15.

Daripada saham yang diniagakan secara aktif, Sapura Energy naik setengah sen kepada 50.5 sen, DBE tidak berubah pada 3.5 sen dan Ekovest meningkat 4.5 sen kepada 31.5 sen.

Indeks FBM Emas jatuh 7.34 mata kepada 12,985.51 manakala Indeks FBMT 100 susut 2.36 mata kepada 12,785.68. Bagaimanap­un, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 2.79 mata kepada 13,162.64.

FBM 70 naik 24.89 mata kepada 15,475.47, manakala FBM Ace merosot 100.89 mata kepada 5,373.13.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 6.32 mata kepada 18,135.18 dan Indeks Perladanga­n merosot 21.37 mata kepada 7,985.55 dan Indeks Perusahaan berkuranga­n 2.63 mata kepada 3,226.62.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 1.28 bilion unit bernilai RM1.96 bilion daripada 1.44 bilion unit bernilai RM1.70 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 206.67 juta saham bernilai RM45.39 juta daripada 318.77 juta saham bernilai RM48.79 juta pada Rabu.

Jumlah dagangan waran me

kepada 388.65 juta unit bernilai RM80.44 juta daripada 311.85 juta unit bernilai RM64.93 juta.

Barangan pengguna menyumbang 145.63 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (314.87 juta), pembinaan (130.68 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (472.77 juta), teknologi (39.31 juta), infrastruk­tur (14.17 juta), SPAC (8.36 juta), kewangan (44.60 juta), hotel (3.09 juta), hartanah (80.01 juta), perladanga­n (22.12 juta), perlombong­an (214,200), REIT (13.36 juta) dan dana tertutup (5,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia