Berita Harian

LRT pertama Sarawak beroperasi pada 2024

Projek RM11 bilion bermula tahun depan selepas kajian dibuat selesai

- Oleh Mohd Roji Kawi

Sarawak akan memiliki sistem pengangkut­an awam yang lebih efisien dengan penggunaan transit aliran ringan (LRT) yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024.

Projek mega dengan kos RM11 bilion itu akan bermula tahun depan selepas kajian menyeluruh mengenainy­a selesai.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata projek berkenaan merangkumi tiga laluan utama dari Kota Samarahan ke Damai dijangka dibina dengan kos RM4.5 bilion, Serian ke Senari (RM5.4 bilion) dan kawasan bandar raya Kuching (RM819,567 juta).

Beliau berkata, apabila siap sepenuhnya, projek berkenaan akan memberi manfaat kepada hampir sejuta penduduk Kuching, Kota Samarahan dan Serian.

Pendekkan masa perjalanan

“Penggunaan LRT pastinya akan memendekka­n masa perjalanan antara tiga destinasi utama itu sekali gus mengurangk­an kenderaan di jalan raya kita.

“Berdasarka­n kajian terhadap pengangkut­an di Kuching, perjalanan dari pusat bandar raya ke Kota Samarahan akan mengambil masa 50 minit berbanding 90 minit menggunaka­n kereta pada waktu puncak ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumka­n laluan sistem perkhidmat­an pengangkut­an awam terbaru Sarawak itu di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah tiga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Sistem LRT itu nanti akan melalui tiga lokasi utama iaitu dari Kota Samarahan ke Sungai Batu dan Damai di Santubong sepanjang 62.4 kilometer (km) dengan 28 hentian; dari Serian ke Senari sepanjang 82 km dengan 26 hentian dan laluan di pusat bandar raya

 ?? [FOTO JANNAH KHO/BH] ?? Abang Johari bersama Uggah (kiri), Masing (dua dari kiri) dan Awang Tengah (kanan) melihat laluan sistem perkhidmat­an pengangkut­an awam terbaru Sarawak di Kuching, semalam.
[FOTO JANNAH KHO/BH] Abang Johari bersama Uggah (kiri), Masing (dua dari kiri) dan Awang Tengah (kanan) melihat laluan sistem perkhidmat­an pengangkut­an awam terbaru Sarawak di Kuching, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia