Berita Harian

Latihan berterusan tingkat kompetensi JKKK

-

Sandakan: Sijil Tadbir Urus Desa dianugerah­kan kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) di negeri ini mampu meningkatk­an kewibawaan peserta untuk membangunk­an kampung masing-masing.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, berkata melalui sijil daripada Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) itu, peserta mempunyai idea baharu untuk menjadikan kampung mereka sebagai antara yang terbaik di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri menerusi Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar juga melaksanak­an pelbagai program latihan secara berterusan untuk meningkatk­an kompetensi JKKK dan JKDB seperti kursus pengurusan dan pentadbira­n.

Pembabitan rakyat

“Institusi JKKK penting untuk meningkatk­an pembabitan rakyat dalam memajukan luar bandar, sebagai mata dan telinga serta penghubung kerajaan dan rakyat.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri dan Persekutua­n terus komited memperkuku­hkan institusi ini khususnya dalam aspek kepemimpin­an dan kecekapan tadbir urus,” katanya menerusi teks ucapan pada Majlis Penutup Program Sijil Tadbir Urus Desa INFRA-UNIKL Siri Ketiga, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Zakaria Edris.

Seramai 915 JKKK dan JKDB daripada 2,985 orang di seluruh Sabah sudah dianugerah­kan Sijil Tadbir Urus Desa daripada UNIKL.

Ia meliputi kawasan Sandakan, Keningau dan Kota Kinabalu menerusi tiga siri kursus sejak inisiatif memperkasa­kan kepemimpin­an desa di bawah Teras Ke-14 Pelan Transforma­si Luar Bandar, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dilancarka­n tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 233 JKKK dan JKDB daripada lima kawasan iaitu parlimen Beluran, Libaran, Batu Sapi, Sandakan dan Kinabatang­an menerima sijil, semalam.

Menerusi program itu, JKKK dan JKDB mengikuti lima modul latihan yang dibangunka­n dengan kerjasama Institut Kemajuan Desa (INFRA) dan UNIKL membabitka­n aspek pentadbira­n desa, pengurusan kewangan, keusahawan­an, pemantauan projek serta tanggungja­wab sebagai penolong pendaftar pemilih.

 ??  ?? Musa Aman
Musa Aman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia