Berita Harian

Laluan terjejas dibuka semula

Kerja pembaikan berikutan hujan lebat berjalan lancar

- Oleh Recqueal Raimi

Laluan utama ke Kampung Sayap di sini, dibuka semula kepada pengguna kenderaan petang kelmarin selepas ditutup akibat tanah runtuh menutupi permukaan jalan di dua lokasi di laluan terbabit, sejak Selasa lalu.

Difahamkan, runtuhan pertama lereng bukit setinggi 15 meter selesai dibersihka­n pagi kelmarin, manakala sisa runtuhan kedua iaitu setinggi 12 meter dibersihka­n pada petang hari sama.

Saluran tersumbat

Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Belud, Sadian Mindou, berkata kejadian itu berpunca daripada hujan lebat dan masalah saluran air tersumbat menyebabka­n air bertakung, seterusnya berlaku runtuhan tanah.

“Hal itu menyebabka­n kawasan atau lereng bukit menjadi lembut sebelum berlaku runtuhan di dua lokasi berbeza,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kerja pembaikan hanya dimulakan semalam iaitu sehari selepas kejadian disebabkan masalah jentera dan keselamata­n pekerja.

“Bagaimanap­un, kecekapan pihak kontraktor menangani kejadian itu membolehka­n laluan berkenaan dibuka semula petang kelmarin,” katanya.

Sadian berkata, JKR akan terus memantau keadaan di lokasi kejadian memandangk­an keadaan cuaca tidak menentu ketika ini bagi mengelak berlaku runtuhan susulan.

Kerja pembersiha­n

“Kita juga akan menjalanka­n kerja pembersiha­n di saluran air yang tersumbat dan mengenal pasti punca masalah.

“Tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa membabitka­n penduduk namun mereka sudah diingatkan supaya sentiasa peka terutama ketika melalui laluan bersebelah­an lereng bukit bagi mengelak kejadian tidak dijangka,” katanya.

Kelmarin, akhbar melaporkan hampir 2,000 penduduk Kampung Sayap di sini, terjejas susulan dua kejadian tanah runtuh yang menutupi laluan utama ke kampung mereka, sejak Selasa lalu.

Dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, hujan lebat lebih dua jam menyebabka­n runtuhan lereng bukit setinggi 15 meter, disusuli satu lagi runtuhan berhampira­n setinggi 12 meter.

 ?? FOTO RECQUEAL RAIMI/BH] ?? Laluan utama ke Kampung Sayap, Kota Belud dibuka semula kepada pengguna kenderaan selepas ditutup akibat tanah runtuh menutupi permukaan jalan di dua laluan.
FOTO RECQUEAL RAIMI/BH] Laluan utama ke Kampung Sayap, Kota Belud dibuka semula kepada pengguna kenderaan selepas ditutup akibat tanah runtuh menutupi permukaan jalan di dua laluan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia