Berita Harian

Remaja ditahan komen jelik terhadap PDRM

-

Miri: Tindakan seorang lelaki menulis komen jelik dan perkataan kesat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) di akaun Facebook miliknya membawa padah apabila ditahan di rumahnya di Tudan, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan jam 11.30 malam susulan laporan polis dibuat terhadap berhubung perbuatan berkenaan.

Sumber berkata, lelaki terbabit memuat naik kenyataan memfitnah PDRM kononnya tidak mengambil tindakan terhadap pendatang asing tanpa izin Selasa lalu.

Katanya, perbuatan itu mengundang kemarahan orang ramai yang meminta lelaki berkenaan ditahan kerana memfitnah pasukan PDRM

“Lelaki terbabit turut bertindak melampau apabila menyamakan PDRM dengan binatang hingga menimbulka­n kemarahan netizen dan orang ramai.

“Perbuatann­ya langsung tidak menghormat­i PDRM sebagai pasukan keselamata­n yang menguatkua­sakan undang-undang negara,” katanya.

Sumber itu berkata, orang ramai turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu mengakibat­kan lelaki terbabit ditahan di rumahnya.

“Polis turut merampas sebuah telefon miliknya yang digunakan untuk menulis kenyataan itu. Lelaki itu kemudianny­a dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahka­n penahanan lelaki berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia