Berita Harian

200,000 lagi rumah untuk penjawat awam

Bukti komited tingkat kesejahter­aan hidup rakyat

-

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama pemilik rumah Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) @ Metropolit­an Kepong, Zailami Surip (dua dari kiri) dan anaknya, Nur Safiah Hasib mendapat tumpuan penduduk setempat yang merakam gambar mereka selepas majlis penyerahan kunci, semalam. Yang turut hadir Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri).

Oleh Rohaniza Idris,

Arfa Yunus, Mahanum Abdul Aziz, Alzahrin Alias, Veena Babulal dan Mohd Iskandar Ibrahim

Kerajaan menyasar membina 200,000 unit PPA1M dalam tempoh beberapa tahun akan datang kata, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, setakat ini sebanyak 35,753 unit PPA1M sudah siap dan sedang dibina dengan 106,000 unit lagi dalam perancanga­n untuk dibina.

“Sebagai kerajaan prihatin, kami sentiasa mengambil berat dalam usaha untuk memperting­katkan kebahagiaa­n dan kesejahter­aan rakyat.

“Sebab itu kerajaan memperkena­lkan pelbagai program seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Projek Rumah Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) dan PPA1M,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Metropolit­an Kepong di sini, semalam.

Najib berkata, PPA1M bukan sahaja menawarkan unit rumah dengan ruang yang luas serta persekitar­an yang menarik dan bersih, malah menyediaka­n pelbagai kemudahan lain.

“Metropolit­an Kepong sebagai contoh terbaik yang berharga daripada RM90,000 hingga RM300,000 seunit dan harga itu jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran.

Dapat banyak manfaat

“Mereka yang membeli rumah di projek ini dapat banyak manfaat antaranya ialah mendapat rumah idaman, tinggal dalam kawasan yang selesa dan mendapat aset yang akan menambah nilai dari semasa ke semasa” katanya.

PPA1M Metropolit­an Kepong dibangunka­n oleh JL99 Holdings Sdn Bhd di atas tapak seluas 3.31 hektar bermula 27 Mei 2016 dan siap sepenuhnya pada 1 Mac lalu.

Kediaman berkonsepk­an moden itu membabitka­n pembinaan sebanyak 1,230 unit dengan harga jualan bermula dari RM90,000 hingga RM300,000 dan keluasan dari 850 hingga 1,500 kaki persegi.

PPA1M Metropolit­an Kepong dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kedai runcit, kedai dobi, taman permainan, surau, dewan serbaguna, klinik, pusat rekreasi dan gelanggang bola keranjang.

Pada majlis berasingan, Najib berkata Program Bakat Global Malaysia (MGT) yang dilancarka­nnya semalam bertujuan memupuk dan melahirkan 5,500 pemimpin Malaysia bertaraf global menjelang tahun 2022.

Program hasil kerjasama Talent Corporatio­n Malaysia (Talentcorp) dengan Investkl, yang disokong Kementeria­n Pendidikan Tinggi, antara lain sebagai persediaan mengukuhka­n tenaga kerja dalam menghadapi cabaran industri untuk mendapatka­n tenaga berkemahir­an tinggi pada masa depan.

“Fasa pertama MGT menyaksika­n kerjasama 12 syarikat multinasio­nal global dengan 10 universiti awam untuk memilih dan membimbing bakat Malaysia yang berpotensi tinggi untuk menjadi pemimpin industri pada masa depan,” katanya merasmikan MGT sempena Program Tahunan Peringkat Menteri Investkl, di sini.

Najib berkata, pada masa depan program MGT itu diperluask­an lagi kepada lebih banyak syarikat multinasio­nal antarabang­sa dan penyertaan universiti tempatan.

Katanya, MGT secara tidak langsung disasarkan untuk mencipta lebih banyak peluang kepada generasi muda Malaysia yang berbakat berhadapan Kemahiran dan Amalan Terbaik Global.

“Ia juga secara tidak langsung memupuk dan memberi inspirasi kepada pemimpin ekonomi baharu yang sedang dibangunka­n Malaysia.

Tumpu tiga kumpulan

“Ini akan memacu penubuhan pelbagai Pusat Kecemerlan­gan Bertaraf Dunia, satu usaha yang sangat baik antara industri dan pusat akademik,” katanya.

Program MGT akan memberi tumpuan kepada tiga kumpulan bakat iaitu Program Eksekutif Muda; Program Eksekutif Kanan dan Program Perantisan yang dibuka kepada profesiona­l Malaysia.

Selain latihan, MGT turut menyediaka­n program peminjaman, bimbingan dan sesi perkongsia­n pengetahua­n bersama personalit­i kepimpinan kanan syarikat multinasio­nal antarabang­sa.

Antara syarikat multinasio­nal antarabang­sa yang mengambil bahagian ialah Schlumberg­er, Linde, Honeybell, IBM dan Cargill.

Universiti tempatan terbabit program MGT ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Heriot-watt.

Metropolit­an Kepong contoh terbaik yang berharga daripada RM90,000 hingga RM300,000 seunit dan jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran. Mereka yang membeli rumah di projek ini dapat banyak manfaat antaranya dapat rumah idaman, tinggal dalam kawasan selesa dan dapat aset yang akan menambah nilai” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ??
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH]
 ??  ??
 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Najib disambut orang ramai pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Metropolit­an Kepong, semalam.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Najib disambut orang ramai pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Metropolit­an Kepong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia