Berita Harian

KERAJAAN PKR SELANGOR GAGAL TUNAI SEMUA JANJI

Isu pembinaan rumah mampu milik, kebajikan nelayan antara keluhan rakyat

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Selepas dua penggal mentadbir, kerajaan Selangor pimpinan pakatan rakyat dilihat gagal menunaikan sepenuhnya janji yang ditabur kepada penduduk negeri ini.

Lebih malang, janji membabitka­n isu rumah kos rendah, infrastruk­tur dan keperluan orang muda, sudah dicanang sebaik mereka mendapat mandat rakyat sejak 2008.

Slogan ‘Selangor Negeri Berkebajik­an’ yang sering dilaung kepemimpin­an tertinggi negeri tidak menggambar­kan keadaan sebenar yang dihadapi penduduk.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Mohamad Khusyairi Abdul Aziz, berkata isu rumah kos rendah dan mampu milik semakin meruncing, tambahan beberapa projek yang dirancang terpaksa dibatalkan.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya menaik taraf atau membuat perancanga­n yang lebih baik terhadap semua projek perumahan selepas sekali lagi mendapat kepercayaa­n rakyat pada 2013.

“Bagaimanap­un, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rumah kos rendah yang seharusnya dibina lebih banyak untuk keperluan masyarakat, dibatalkan.

“Ini antara masalah utama di Selangor. Difahamkan, hanya dua peratus rumah kos rendah dibina di negeri ini.

“Satu daripada sembilan projek dibatalkan adalah dalam Parlimen Kota Raja, membabitka­n 1,000 unit rumah. Ini merugikan penduduk yang berharap untuk memiliki rumah sendiri.

“Kerajaan Selangor bijak mengambil kesempatan, menempel di mana-mana projek perumahan yang dibina di negeri ini dengan meletakkan simbol ‘Rumah Selangorku’, kononnya apa dijanjikan mereka ditunaikan,” katanya ketika ditemui NSTP.

Kenyataan Mohamad Khusyairi itu disokong Presiden Kelab Harmoni Selangor (KHS), V Sunder, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif mempertaha­nkan hak penduduk negeri, sekali gus menempelak pentadbira­n kerajaan negeri.

Isu rumah mampu milik

Sunder berkata, ramai penduduk mengadu mengenai masalah rumah mampu milik tetapi beliau tidak dapat membantu berikutan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seakan berdiam diri.

“Masalah yang timbul bukan hanya disebabkan faktor projek tidak dibina, tetapi ketika penduduk membuat permohonan untuk mendapatka­n kediaman menerusi program Rumah Selangorku.

“Mana janji untuk menyediaka­n lebih banyak rumah kepada rakyat? Proses permohonan juga sukar selain mereka membuat ‘pemilihan’ ke atas individu tertentu sahaja,” katanya.

Beliau berkata, selepas Mohamed Azmin mentadbir negeri, kira-kira 4,000 aduan mengenai rumah mampu milik diadukan kepada KHS.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli, pula berkata masalah utama penduduk di kawasannya adalah membabitka­n nelayan berikutan faktor geografi yang berhampira­n laut.

Katanya, ramai nelayan mengeluh kerajaan negeri tidak mengambil peduli masalah mereka, biarpun pelbagai janji ditabur sebelum ini.

“Jika mereka (kerajaan Selangor) tidak dapat tunaikan janji tidak apa tetapi masalah sekarang, mereka tidak mahu memberi peluang Barisan Nasional (BN) membantu nelayan.

“Sebagai contoh, usaha untuk menaik taraf jeti nelayan. BN sudah beri peruntukan untuk bina jeti yang lebih baik tetapi mereka tidak beri kebenaran kerana tapak jeti milik mereka.

“Yang jadi mangsa adalah nelayan. Sepatutnya, mereka bekerjasam­a untuk memudahkan nelayan mencari rezeki dan tidak mempolitik­kan semua perkara,” katanya sambil menambah golongan nelayan di negeri ini seakan tidak dihiraukan.

Beliau berkata, selain masalah nelayan, penduduk Kuala Langat juga berdepan janji kerajaan negeri yang mahu meningkatk­an perkhidmat­an pengutipan sampah namun hampa.

“Ibarat ‘pahat dan penukul.’ Sekali ditegur, barulah berjalan. Dahulu janji pihak berkuasa tempatan (PBT) akan beri perkhidmat­an terbaik tetapi perkara itu tidak menjadi,” katanya.

Penyediaan infrastruk­tur

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari pula sering mendengar keluh kesah golongan muda yang tiada tempat untuk mereka menjalanka­n aktiviti riadah.

Katanya, selepas pentadbira­n negeri diambil alih, pusat rekreasi Extreme Park di Seksyen 13 juga seakan-akan ‘mati.’

Beliau berkata, masalah itu bukan hanya berlaku di Shah Alam, malah di semua kawasan Parlimen di Selangor.

“Masalah penyediaan infrastruk­tur juga antara janji yang belum ditunaikan biarpun 10 tahun memegang pentadbira­n Selangor.

“Bukan tiada peruntukan. Kerajaan Persekutua­n sudah menyediaka­n dana melalui wang Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) tetapi duit itu digunakan untuk tujuan lain,” katanya.

Satu daripada sembilan projek dibatalkan alam Parlimen Kota Raja, membabitka­n 1,000 unit rumah. Ini merugikan penduduk yang berharap untuk memiliki rumah sendiri” Mohamad Khusyairi Abdul Aziz, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja Mana janji untuk menyediaka­n lebih banyak rumah kepada rakyat? Proses permohonan juga sukar selain mereka membuat ‘pemilihan’ ke atas individu tertentu sahaja” V Sunder, Presiden Kelab Harmoni Selangor Yang jadi mangsa adalah nelayan. Sepatutnya, mereka bekerjasam­a untuk memudahkan nelayan mencari rezeki dan tidak mempolitik­kan semua perkara” Sulaiman Karli, Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat Masalah penyediaan infrastruk­tur juga antara janji yang belum ditunaikan. Kerajaan Persekutua­n sudah sediakan dana tetapi duit itu digunakan untuk tujuan lain” Azhari Shaari, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia