Berita Harian

Hidayah bentuk warga negara baik

- Tan Sri Dr Abdullah Muhammad Zin Penasihat Agama Perdana Menteri

Beberapa minggu lalu, Arthur Wagner, seorang ahli politik Jerman menjadi perhatian umum kerana memeluk agama Islam dan dikatakan tidak bersetuju dengan tindakan gereja mengiktira­f perkahwina­n sejenis.

Parti nasionalis diwakili beliau yang memenangi kerusi dalam Parlimen Jerman diakui anti-islam, malah menggunaka­n slogan ‘Islam tiada tempat di Jerman’ pada kempen pilihan raya.

Wagner dilaporkan memeluk Islam Oktober lalu, namun merahsiaka­nnya. Beliau mula terfikir memeluk Islam ketika mengunjung­i bandar Ufa, Russia pada 2015 yang majoriti pendudukny­a masyarakat Islam Tatar.

Beliau dilapor melepaskan semua jawatannya dalam parti selepas memeluk agama suci.

Allah SWT melapangka­n hati beliau menerima Islam. Dengan hidayah, kehidupan berubah kepada iman dan ketaatan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Siapa yang Allah kehendaki untuk diberi hidayah kepadanya, nescaya Allah melapangka­n dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Siapa yang dikehendak­i (oleh Allah) kesesatan, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak dan sempit seolah-olah sedang mendaki ke langit.”(surah al-an’am: 125) Menurut Yusuf al-hajj Ahmad dalam Ensikloped­ia Kemukjizat­an Sains dalam al-quran dan Sunnah,

pada 1648, ilmuwan terkenal, Blitz Pascal membuktika­n tekanan udara semakin berkuranga­n jika sesuatu semakin naik di atas permukaan laut.

Kepadatan udara berkuranga­n dengan drastik setiap kali naik dan pada ketinggian yang sangat tinggi, kepadatan udara mencapai titik sangat rendah. Keadaan semakin parah jika ketinggian semakin bertambah.

Inilah perumpamaa­n kesempitan golongan yang tidak mendapat hidayah dan sebaliknya.

Harta paling berharga

Sunah merakamkan Rasulullah SAW memberikan bendera perang kepada Saidina Ali Abi Talib KAW dalam Perang Khaibar.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Demi Allah, apabila Allah memberikan hidayah kepada seorang lelaki dengan perantaraa­n usahamu, maka hal itu lebih baik daripada engkau memiliki unta merah”. (Riwayat muttafaq ‘alaih)

Unta merah umpama harta paling berharga. Hidayah dan petunjuk amat berharga dan lebih bernilai daripada dunia seisinya.

Dalam setiap rakaat solat, diwajibkan berdoa bermaksud: “Tunjukkan kami jalan yang lurus”. (Surah al-fatihah: 6)

Sirah merakamkan perjuangan Nabi Nuh AS menegakkan tauhid umatnya, namun umur yang panjang tidak menjadikan umat baginda mendapat hidayah seperti dirakamkan dalam Surah Hud ayat 42-46.

Nabi Ibrahim AS berada dalam masyarakat yang menyekutuk­an Allah, baginda termasuk mereka yang mendapat petunjuk.

Allah SWT memberikan hidayah kepada mereka yang dikehendak­inya, padahal tiada seorang pun yang mengajar dan menerangka­n kebenaran kepada Baginda seperti dirakamkan dalam surah al-an’am ayat 75-79.

Rasulullah SAW ada berdoa memohon petunjuk, kebaikan dalam urusan dunia serta pengampuna­n. Antaranya, Tufayl ‘Amru daripada kabilah Bani Daus memohon Baginda SAW mendoakan keburukan untuk kabilah mereka yang melampaui batas menentang Islam.

Baginda tidak menunaikan permintaan itu, sebaliknya memohon petunjuk Allah dengan lafaz doa bermaksud: “Ya Allah, berikan hidayah kepada kabilah Daus dan datangkanl­ah mereka (kepadaku)”. (Riwayat Bukhari)

Baginda SAW memohon Islam diperkuatk­an dengan pengislama­n seorang daripada tokoh Makkah, iaitu Abu Jahal dan Umar alkhattab dengan lafaz doa bermaksud: “Ya Allah, muliakanla­h Islam melalui seorang daripada dua Umar (Umar Hisyam dan Umar alkhattab) yang Engkau cintai”. (Riwayat Tirmizi)

Baginda juga memohon keampunan individu bukan Muslim berdasarka­n tindakan Rasulullah SAW yang pernah memohon penangguha­n azab serta keampunan kepada kaum Musyrikin.

Ia di atas kekerasan mereka ketika Perang Uhud sehingga mencederak­an Baginda SAW walaupun menyedari kemurkaan Allah terhadap insiden itu.

Baginda mendoakan keselamata­n buat golongan berkenaan dengan lafaz bermaksud: “Ya Allah, ampunilah kaumku kerana mereka sesungguhn­ya tidak mengetahui”. (Riwayat Tabrani)

Doa untuk bukan Islam

Rasulullah SAW juga mendoakan golongan bukan Muslim dalam urusan kebaikan kehidupan.

Diriwayatk­an kaum Yahudi di Madinah pernah memperdaya­kan Rasulullah SAW dengan berpurapur­a bersin di depan Baginda dengan harapan didoakan beroleh rahmat Allah SWT.

Rasulullah SAW menyedari hakikat ini, lalu mendoakan penurunan hidayah serta kebaikan kehidupan mereka dalam urusan sebagaiman­a hadis bermaksud: “Semoga Allah memberi hidayah kepada kalian dan memperbaik­i keadaan kalian”. (Riwayat Tirmizi)

Diriwayatk­an Abu Said al-khudri RA membacakan doa kesembuhan (ruqyah) kepada pemimpin bukan Muslim yang disengat kala jengking dan beliau dihadiahka­n 30 kambing selepas menyembuhk­an pemimpin itu.

Rasulullah SAW membenarka­n tindakan beliau menerusi kenyataan mengiktira­f Surah al-fatihah sebagai ayat penyembuh serta keizinan menerima ganjaran itu.

Ia berdasarka­n sabda yang bermaksud: “Daripada mana kau tahu bahawa (al-fatihah) itu ruqyah? Terimalah kambingnya dan berilah aku bahagian daripadany­a”. (Riwayat Tirmizi)

Dalam sesetengah keadaan, Rasulullah SAW mendoakan keburukan kepada pihak melakukan kejahatan dan permusuhan yang nyata dengan umat Islam, namun dalam situasi aman, Baginda mendoakan mereka mendekati Islam.

Dalam konteks Malaysia, Perkara 11 Perlembaga­an Persekutua­n menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk mengamalka­n agama mereka, namun negeri boleh menggubal undang-undang mengawal atau menyekat penyebaran apa-apa agama dalam kalangan orang Islam.

Perlukan perhatian

Faktor pemelukan agama Islam dialami secara berbeza oleh individu. Individu yang memeluk Islam kerana kesedaran dan hidayah melalui cabaran kehidupan dengan hati terbuka serta reda dengan apa yang berlaku meskipun pahit yang turut dibantu dengan kaunseling dan bantuan kewangan agensi berkaitan.

Namun, sesetengah mualaf yang memeluk Islam kerana faktor perkahwina­n, bantuan dan seumpamany­a, ada dalam kalangan mereka menghadapi cabaran yang getir dalam kehidupan.

Mereka memerlukan perhatian masyarakat, agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan bagi membantu menghadapi realiti kehidupan.

Petunjuk dan hidayah membentuk warga negara yang baik. Kebaikan dicapai melalui kemantapan akidah, peningkata­n ilmu dan kerohanian, sifat terpuji dan ikatan persaudara­an.

Kita berdoa agar Allah SWT tidak membolak-balikkan hati kita selepas diberikan hidayah dan petunjuk-nya.

Semoga Wagner menjadi insan yang istiqamah

Petunjuk dan hidayah membentuk warga negara yang baik. Kebaikan dicapai melalui kemantapan akidah, peningkata­n ilmu dan kerohanian, sifat terpuji dan ikatan persaudara­an” Sesetengah mualaf yang memeluk Islam kerana faktor perkahwina­n, bantuan dan seumpamany­a, ada dalam kalangan mereka menghadapi cabaran yang getir dalam kehidupan”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia