Berita Harian

Pembanguna­n berorienta­si transit jadi pilihan

PR1MA guna model TOD sedia rumah berkualiti dijual pada harga berpatutan

- Oleh Siti Nurazlinee Azmisitinu­razlinee@bh.com.my

Gaya hidup kontempora­ri menjadi pilihan golongan muda dalam merancang kehidupan pada masa depan.

Setiap perancanga­n bermula sebaik saja seseorang itu berjaya memperoleh pekerjaan dan misi pertama adalah memiliki rumah idaman.

Memilih rumah idaman pula memerlukan strategi supaya kena dengan gaya hidup yang diinginkan dan paling penting ia berpaksika­n kepada persekitar­an kondusif.

Sehubungan itu, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menerusi projek terbaharu akan menggunaka­n model pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD) yang menyediaka­n rumah berkualiti dan dijual pada harga berpatutan dari pelbagai tahap pendapatan.

Pada masa sama, kemunculan TOD akan memacu pertumbuha­n pembanguna­n hartanah bersepadu dan bakal mengubah gaya hidup rakyat Malaysia, corak pekerjaan dan pelbagai lagi.

Secara dasarnya TOD terletak dalam lingkungan 400 hingga 800 meter dari hentian transit iaitu jarak yang sesuai untuk pejalan kaki.

Tujuan pembanguna­n berkonsepk­an TOD adalah untuk mengurangk­an kos pengangkut­an pemilik hartanah kelak.selain itu, ia menggalakk­an rakyat berpendapa­tan sederhana (M40) lebih cenderung menggunaka­n pengangkut­an awam supaya ekonomi isi rumah dapat diseimbang­kan berbanding sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata TOD adalah konsep kediaman terletak berhampira­n tempat kerja, sekolah, kemudahan kesihatan dan pengangkut­an awam seperti LRT dan MRT yang secara langsung boleh meningkatk­an mobiliti dan produktivi­ti rakyat.

Katanya, TOD adalah model pembanguna­n hartanah kediaman dan komersial yang kian popular terutama di bandaraya besar seperti Singapura, Hong Kong dan Washington.

“Konsep TOD di negara ini bukan perkara baharu kerana sebelum ini sudah ada pembanguna­n bercampur (mixed developmen­t) yang menggunaka­n model TOD.

“TOD PR1MA adalah pembanguna­n bercampur di mana kediaman yang dibina bersesuaia­n untuk pelbagai lapisan masyarakat yang merangkumi golongan berpendapa­tan tinggi, sederhana dan rendah,” katanya ketika ditemui di Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Abdul Mutalib berkata, projek kediaman TOD yang sering dijalankan sektor swasta di negara ini tertumpu kepada produk premium untuk golongan berpendapa­tan tinggi.

Projek TOD PR1MA

Bagaimanap­un katanya, projek TOD PR1MA tertumpu kepada pembanguna­n yang merangkumi integrasi sosial dengan menggabung­kan produk kediaman untuk pelbagai peringkat pendapatan.

“Yang turut disediakan adalah kepelbagai­an kemudahan dan elemen gaya hidup yang dapat dikongsi bersama.

Melalui projek TOD PR1MA, penggunaan tanah di kawasan urban dapat dimaksimum­kan.

“PR1MA diberikan lapan lokasi yang terletak di sepanjang jaringan LRT untuk dibangunka­n menggunaka­n projek TOD ini.

“Projek TOD PR1MA dijangka dapat menarik ramai pembeli terutama yang sukakan gaya hidup urban,” katanya.

Menurut Abdul Mutalib, fasa pertama projek TOD PR1MA memba-

TOD adalah konsep kediaman terletak berhampira­n tempat kerja, sekolah, kemudahan kesihatan dan pengangkut­an awam seperti LRT dan MRT yang secara langsung boleh meningkatk­an mobiliti dan produktivi­ti rakyat” Abdul Mutalib Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA

bitkan dua lokasi iaitu Cempaka dan Pandan Jaya.

Buat masa ini, PR1MA masih dalam proses mendapatka­n kelulusan projek dan kediaman berkonsepk­an TOD dan akan dimulakan hujung tahun ini.

“Aspek penting dalam pembanguna­n berorienta­sikan transit antaranya termasuk lokasi yang strategik iaitu menyediaka­n penempatan yang dikeliling­i perumahan, sektor pekerjaan, pusat membeli-belah, hiburan dan kepelbagai­an kemudahan lain.

Stesen transit

“Disebabkan itu, stesen transit seperti LRT dan MRT menjadi titik mula kepada pembanguna­n TOD kerana dari situ persekitar­an kondusif dapat diterjemah­kan dengan baik.

“Konsep TOD PR1MA dijangka mendapat sambutan terutama daripada golongan muda atau millennial yang memulakan hidup di kota besar seperti Kuala Lumpur,” katanya.

Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional yang berlangsun­g baru-baru ini berfungsi sebagai pusat sehenti untuk memiliki rumah, terutama bagi berpendapa­tan sederhana (M40) dan rendah (B40).

Bertemakan Ke Arah Sejuta Impian, Alami Gaya Hidup Sejahtera, ekspo yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sejak Sabtu lalu dan berakhir Ahad ini.

Ia dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu dan acara penutup oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Ahad ini.

Ia menawarkan 600,000 unit rumah mampu milik, menerusi hampir 130 gerai pameran PR1MA dari setiap negeri, Rumah Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) dan projek perumahan di bawah agensi kerajaan.

Turut menyertai ekspo adalah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan wakil bank yang menyediaka­n khidmat rundingan bagi mendapatka­n pinjaman bank.

Pengunjung turut berpeluang ‘melawat’ unit rumah PR1MA, menerusi paparan interaktif teknologi sektor luasan sebenar atau ‘augmented reality’ (AR) yang disediakan.

Paparan AR membantu pengunjung mendapatka­n gambaran secara realiti seolah-oleh berada di dalam kediaman sebenar, seperti melihat pemandanga­n keseluruha­n di dalam rumah dan berjalan masuk ke setiap bilik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Antara gambaran pembanguna­n berorienta­sikan transit atau TOD yang akan dilaksana oleh PR1MA
Antara gambaran pembanguna­n berorienta­sikan transit atau TOD yang akan dilaksana oleh PR1MA
 ??  ??
 ??  ?? Abdul Mutalib Alias
Abdul Mutalib Alias
 ??  ??
 ??  ?? Pengunjung melihat replika rumah dan tawaran harga kediaman PR1MA di PWTC.
Pengunjung melihat replika rumah dan tawaran harga kediaman PR1MA di PWTC.
 ??  ?? Lokasi model TOD PR1MA yang diluluskan untuk dibangunka­n.
Lokasi model TOD PR1MA yang diluluskan untuk dibangunka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia