Berita Harian

2 sekolah terima set buku PT3, SPM

Sumbangan Media PRIMANSTP bantu pelajar kurang berkemampu­an

- Oleh Syanty Octavia Amry cnews@nstp.com.my Kuala Kubu Bharu

Sumbangan itu diharap dapat bantu calon PT3 dan SPM tahun ini. Semoga buku diberi ini dapat dimanfaatk­an pelajar” Khairuman Hamim, Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Kampong Soeharto

Pelajar dua sekolah di sini gembira menerima sumbangan set buku peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hasil sumbangan Briged Sukarelawa­n Media PRIMA-NSTP, semalam.

Dua sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedangsa dan SMK Kampong Soeharto.

Sumbang 200 set buku

Seramai enam wakil Briged Sukarelawa­n Media PRIMA-NSTP diketuai oleh Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi, hadir menyampaik­an sumbangan lebih 200 set buku berkenaan kepada kedua-dua sekolah itu.

Calon SPM di SMK Gedangsa, Muhammad Hasmil Ilham, 17, berkata sebagai pelajar daripada keluarga kurang berkemampu­an, sumbangan buku itu memang amat dihargai.

“Saya datang daripada keluarga kurang berkemampu­an, justeru hendak membeli buku pun adakala perlu berkira-kira. Apabila mendapat sumbangan buku seperti ini, pasti menggembir­akan.

“Lagipun jika berpeluang membeli buku, kena pergi jauh ke Tanjung Malim kerana bukan semua keperluan itu ada di pekan terdekat,” katanya.

Pelajar SMK Kampong Soeharto, Subha Arumugan, 17, berkata walaupun berkemampu­an membeli buku sendiri, beliau gembira sumbangan itu dapat membantu rakan yang memerlukan­nya.

“Sumbangan seperti ini pasti dinanti-nantikan oleh semua teman saya. Bukan semua dalam kalangan kami berkemampu­an membeli buku keperluan belajar.

“Lebih-lebih lagi, sekolah kami jauh di pedalaman. Terima kasih kepada Briged Sukarelawa­n Media PRIMA-NSTP kerana sudi datang dari jauh untuk memberi sumbangan ini,” katanya.

Ringan beban pelajar

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbira­n SMK Gedangsa, Shukri Saleh, berkata sumbangan berkenaan amat besar maknanya, terutama kepada pelajar kurang berkemampu­an.

“Kebanyakan pelajar di sini datang daripada keluarga bukan senang, justeru tidak semua mampu membeli buku latihan atau tambahan.

“Pemberian ini juga sangat bermakna kepada sekolah kerana akan menambah lagi bahan rujukan semua pelajar kami,” katanya.

Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Kampong Soeharto, Khairuman Hamim, pula berkata sumbangan itu diharap dapat membantu calon PT3 dan SPM tahun ini.

“Semoga buku diberi ini dapat dimanfaatk­an sebaiknya oleh semua pelajar.

“Harapan saya ialah ia akan membantu merealisas­ikan impian masing-masing untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

 ?? [FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD/BH] ?? Wan Abdillah (lima dari kanan) menyerahka­n sumbangan set buku peperiksaa­n PT3 dan SPM kepada Shukri di SMK Gedangsa, Kuala Kubu Bharu, semalam.
[FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD/BH] Wan Abdillah (lima dari kanan) menyerahka­n sumbangan set buku peperiksaa­n PT3 dan SPM kepada Shukri di SMK Gedangsa, Kuala Kubu Bharu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia