Berita Harian

Berubah bukan sekadar penampilan

Hidup, pemikiran biar patuh syariah

- Oleh Hasliza Hassan hasliza_hassan@bh.com.my

Andai masih ada yang melakukan pekerjaan yang diharamkan dalam Islam dan menyedari perbuatan mereka itu melanggar perintah Allah SWT, maka bersegeral­ah meninggalk­annya serta berusaha mengubah kehidupan mengikut landasan ditetapkan agama.

Inilah penghijrah­an yang perlu dilakukan, iaitu meninggalk­an larangan Allah SWT dan mengubah kehidupan dengan melakukan perkara yang menepati syarak serta syariat agama. Penghijrah­an itu hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keredaan-nya.

Makna hijrah juga perlu difahami sebaiknya kerana wanita yang dulunya tidak menutup aurat tidak dikatakan berhijrah hanya dengan memakai tudung, tetapi tetap melakukan perkara yang dilarang Allah SWT. Itu hanyalah perubahan.

Penghijrah­an memerlukan kesungguha­n dan komitmen yang menunjukka­n kesediaan seseorang meninggalk­an perkara ditegah agama yang dilakukan selama ini seterusnya istiqamah mengubah diri ke arah kehidupan yang lebih baik berlandask­an ajaran Islam sebenar.

Berubah dengan ilmu

Ramai yang mengatakan mereka sudah berhijrah, tetapi jika ia hanya pada penampilan sedangkan cara hidup dan pemikiran tidak menampakka­n peningkata­n ke arah memenuhi tuntutan agama, benarkah hijrah itu?

Konsultan Syariah Telaga Biru Sdn Bhd, Fauwaz Fadzil, berkata perubahan tidak cukup hanya dengan kesedaran, tetapi perlu disertakan dengan ilmu supaya penghijrah­an berada pada landasan yang betul.

Beliau berkata, mereka yang ingin berubah perlu mendapatka­n ilmu dengan berguru, memilih kawan yang betul, banyak membaca, berdoa dan sedia menerima nasihat serta kritikan.

“Imam Ghazali mengingatk­an bahawa hendak berubah perlu sederhana. Orang lain pun jangan terlalu memuji individu yang berubah itu kerana takut dia syok sendiri. Sebaiknya kita doakan kerana perubahan bukan untuk publisiti tetapi untuk Allah, ia adalah perubahan dalaman,” katanya.

Menurutnya, jika golongan yang berubah memahami erti perubahan sebenar, mereka tidak akan melakukan perkara yang bertentang­an dengan hukum agama atau mengelak daripada mencetuska­n kontrovers­i melalui tingkah laku mereka.

Menyentuh hukum seorang yang sudah berubah mendermaka­n barangan yang tidak diperlukan lagi kepada orang lain, beliau berkata, niat bersedekah itu boleh dan pemberian berkenaan memberi manfaat baik kepada penerima.

“Jika barangan yang diberi itu menyebabka­n penerimany­a pula terjebak dengan dosa atau perkara tidak baik, maka kita juga berdosa kerana menolong mereka melakukan kemungkara­n.

“Contohnya, apabila kita memberi pakaian tidak menutup aurat, kita perlu berpesan kepada penerima supaya jangan pakai di depan khalayak umum.

“Pakaian seksi tidak boleh dikategori­kan haram kerana ia boleh pakai di rumah atau depan suami tetapi jika niat kita supaya orang itu pakai seksi untuk dipertonto­nkan, maka ia tidak boleh kerana menolong perkara mungkar,” katanya.

Dengar nasihat, terima kritikan

Fauwaz berkata, masyarakat juga sepatutnya mengambil berat isu pembentuka­n akhlak dengan memberi perhatian kepada usaha mengajak umat Islam melakukan kebaikan, bukan menyokong pendirian yang menekankan hak peribadi.

Kebelakang­an ini ramai yang mengambil pendirian untuk mengenepik­an hakikat wujudnya hubungan sesama insan selepas hubungan dengan Allah SWT atau hablun minallah wa hablun minannas menggunaka­n alasan tidak peduli apa yang orang lain kata disebabkan tindakan mereka.

Katanya, ada perkara masyarakat tidak perlu ambil kisah namun dalam hal yang batil umat Islam kena ambil kisah dan bersedia melakukan perkara yang betul serta mendengar nasihat daripada orang lain.

Beliau memetik kata-kata Saidina Umar: “Tiada kebaikan orang tidak mahu mendengar nasihat dan tiada kebaikan kepada yang tidak mahu menasihati orang.”

Justeru, beliau menasihati supaya umat Islam lebih menyayangi kebenaran berbanding seseorang kerana sayang tidak menafikan teguran apatah lagi jika kebenaran itu datangnya daripada Allah SWT. Bukan menegakkan apa yang kita rasa benar, sedangkan bertentang­an dengan hukum agama.

Patuhi prasyarat taubat

Sementara itu, Pensyarah Fiqh Kepengguna­an Semasa Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM), Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, berkata mereka yang sudah bertaubat perlu men- gasingkan harta yang jelas diperoleh daripada sumber haram.

Beliau berkata, harta haram yang diasingkan itu mestilah digunakan untuk kegunaan awam seperti membuat jalan raya, tandas, upah pembersiha­n kawasan awam dan bangunan yang bukan bersifat tempat ibadat.

Katanya, itupun jika harta itu boleh diasingkan jumlahnya. Jika tidak mampu diasingkan akibat percampura­n dengan sumber harta yang halal, maka ia perlu disuci menerusi zakat kerana harta berkenaan tergolong dalam harta syubhah.

“Untuk bersihkan harta itu ialah dengan berzakat. Jika ada RM500,000, zakatkan 2.5 peratus daripada harta itu. Untuk lebih meyakinkan lagi, selepas zakat dikeluarka­n, seseorang itu digalakkan berinfak atau menyumbang harta itu menerusi pelbagai kaedah dalam Islam seperti wakaf dan sedekah.

“Bagaimanap­un, harta hasil curi, rompak, penipuan dan hutang memang tidak boleh disimpan, sebaliknya wajib dikembalik­an kepada pemilik asal yang sah,” katanya.

Sementara itu, bagi saudara baharu yang memeluk Islam, harta diperoleh sebelum Islam itu adalah sah dan halal jika pekerjaan dilakukan dianggap sah oleh agamanya. Ia boleh digunakan untuk kelangsung­an hidup setelah mereka memeluk agama Islam.

Dosa buka aurat

Namun, jika jelas harta dimiliki adalah hak orang lain, maka wajib selesaikan harta itu setelah memeluk Islam dengan mengembali­kan kepada pemiliknya kerana harta itu tidak boleh disimpan dan mereka perlu mencari rezeki dari sumber yang halal.

Menurut Mohd Izhar, saudara baharu tidak perlu membersihk­an harta mereka dengan zakat setelah memeluk Islam sebelum cukup haul dan nisab. Ini kerana seperti umat Islam yang lain, harta mereka hanya wajib dizakatkan setelah cukup kadar dan tempoh.

Sahabat Rasulullah SAW seperti Umar al-khattab dan Abdul Rahman Auf yang memang kaya sebelum mereka Islam menggunaka­n harta yang ada di Makkah untuk dikeluarka­n pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW tidak mempertika­i harta yang diperoleh sebelum Islam atau selepas mereka beriman.

Menjawab persoalan status harta atau pendapatan khususnya wanita yang bekerja di tempat maksiat dan tidak menutup aurat disebabkan kerja itu, beliau berkata, pendapatan­nya halal tetapi mereka berdosa kerana membuka aurat.

“Hukum asal membawa kepada haram namun tidak wajar untuk menyuruh mereka jatuh miskin. Pendapatan halal tetapi mereka berdosa kerana buka aurat, menjadikan harta itu syubhah. Ulama seperti Yusuf al-qardhawi menggalakk­an harta itu dikeluarka­n sebagai infak,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia