Berita Harian

Kerajaan terus bela ekonomi Bumiputera

Dukung dasar beri bantuan, inisiatif rakyat nikmati hidup lebih selesa

- Oleh Wartawan NSTP

Datuk Seri Najib Razak berkata, manifesto pakatan pembangkan­g tidak mengandung­i kandungan kukuh untuk menegakkan dan meneguhkan ekonomi Bumiputera.

Perdana Menteri berkata, daripada 60 janji, hanya ada satu janji yang menyebut perkataan ekonomi Bumiputera itu pun bukan janji ke10 atau 20, tetapi janji ke-30.

“Saya belek janji itu, lagi tiada mengandung­i apa-apa yang kukuh untuk menegak, meneguhkan pembanguna­n ekonomi Bumiputera secara tuntas mahu pun tegas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Usahawan Bumiputera anjuran SME Corp di Stadium Axiata Arena di Bukit Jalil, di sini, semalam.

Pembangkan­g ambil mudah

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata paling kuat dalam manifesto itu hanya janji membentang­kan laporan di Parlimen mengenai jumlah pegangan ekuiti Melayu dan Bumiputera.

“Apakah yang Bumiputera dapat daripada perkara itu? Janji lain dalam manifesto itu, kami Kerajaan BN sudah buat.

“Itulah... betapa mereka ambil mudahnya agenda Bumiputera,” katanya.

Najib berkata, kerajaan akan tetap mendukung dasar memberi bantuan dan inisiatif kepada Bumiputera.

Katanya, menjadi hasrat beliau, semua rakyat di negara ini berpeluang menikmati kehidupan yang aman dan selesa.

“Kerajaan akan terus membela nasib ekonomi kaum Bumiputera dan kesungguha­n bermula dengan Dasar Ekonomi Baru, yang sehingga kini tidak luput mahu pun pudar, membawa kepada pelancaran Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera (TKB) yang diumumkan tahun lalu,” katanya.

Beliau juga menegaskan akan meneruskan legasi ayahandany­a, Tun Abdul Razak, yang memperjuan­gkan agenda Bumiputera.

“Sememangny­a kerajaan BN sentiasa prihatin dalam pembanguna­n ekonomi Bumiputera.

“Perjuangan jihad ini akan saya teruskan walau apa pun cabaran mendatang kerana itulah tanggungja­wab saya sebagai Ketua Kerajaan,” katanya.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Najib bersama penerima anugerah pada Himpunan Usahawan Bumiputera di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Yang turut hadir, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (empat dari kiri) dan Timbalan Menteri Perdaganga­n...
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Najib bersama penerima anugerah pada Himpunan Usahawan Bumiputera di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam. Yang turut hadir, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (empat dari kiri) dan Timbalan Menteri Perdaganga­n...
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Antara ribuan peserta yang hadir pada Himpunan Usahawan Bumiputera di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
[FOTO BERNAMA] Antara ribuan peserta yang hadir pada Himpunan Usahawan Bumiputera di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia