Berita Harian

‘RAMD mungkin dibubar di bawah Malaysian Malaysia’

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat perlu memilih kerajaan yang stabil dalam aspek politik dan kepimpinan untuk membangun dan mentadbir negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan yang dipilih masyarakat perlulah menentukan hala tuju negara dengan memberi keutamaan kepada empat dimensi iaitu, politik, ekonomi, sosial dan keselamata­n.

Katanya, tanpa kestabilan politik dan kepimpinan yang tidak memahami bagaimana mahu mentadbir serta menentukan keutamaan dalam agenda negara, segala yang dikecapi ketika ini akan hancur dan tidak bermakna lagi.

“Contohnya, ada pihak yang menyatakan saiz penjawat awam terlalu besar, hingga ada kertas kerja dibentangk­an oleh Penang Institute menyebut hanya 430,000 penjawat awam yang diperlukan berbanding 1.62 juta ketika ini.

“Implikasin­ya, mungkin saiz anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau perkhidmat­an pelajaran akan dikurangka­n. Segalanya mungkin berlaku jika dasar kerajaan tidak menepati keperluan sebenar.

“Lebih buruk daripada itu, seandainya ada pihak yang tidak memahami asal usul sejarah negara, misalnya dicadangka­n Rejiman Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubar kerana tidak sesuai dengan konsep ‘Malaysian Malaysia’. Apa implikasi pada kita semua?

Masa depan negara

“Bukan saya sengaja mahu timbulkan isu sensitif, tapi mahu kita sedar dan menghayati hakikat bahawa kita perlu tentukan kepimpinan paling sesuai dan tepat untuk aspirasi dan masa depan negara kita bersama,” katanya pada Majlis Makan Malam Rejimental ATM dan PDRM 2018 di sini, semalam.

Yang urut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Seramai 460 anggota ATM dan PDRM hadir pada majlis makan malam itu bagi meraikan kerjasama dua agensi keselamata­n itu, selain meraikan Sambutan Hari Peringatan PDRM Ke-211 serta pameran NBOS antara Kementeria­n Pertahanan, Kementeria­n Dalam Negeri, ATM dan PDRM.

Walaupun Najib tidak menyebut mana-mana pihak, umum mengetahui konsep Malaysian Malaysia adalah prinsip dan agenda politik yang diperjuang­kan DAP.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pemilihan tampuk kepimpinan yang tepat, khususnya dengan sokongan ATM dan PDRM, akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang hebat di persada antarabang­sa.

“Malaysia memiliki masa depan cerah. Inilah yang mesti kita pertahanka­n. Kesetiaan kita pada negara tidak boleh berbelah bahagi.

“Setiap pada anda semua (anggota ATM dan PDRM) sanggup berkorban apa jua, kerana itu kami kepimpinan kerajaan amat menghargai sumbangan dan pengorbana­n yang tidak terkira.

“Saya juga akan mempertimb­angkan apa jua yang mampu kita berikan supaya ATM dan PDRM terus berkembang dengan penuh kebanggaan sebagai dua institusi yang penting untuk negara dan masa depan kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia