Berita Harian

Kejayaan Zakaria jadi contoh

-

Kuala Lumpur: Lebih dua dekad lalu, Zakaria Jusoh hanya seorang pengurus biasa di sebuah kilang automotif di ibu negara.

Bagaimanap­un, kini beliau memiliki kilang menjual minuman MGV Industries Sdn Bhd dan mengekspor­t untuk pasaran China, Jepun dan Indonesia.

Kisah Zakaria menjadi antara cerita kejayaan Bumiputera yang dibantu melalui pelbagai insentif dan inisiatif kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya sempena Himpunan Usahawan Bumiputera di Bukit Jalil, semalam, turut menjadi pengkisaha­n Zakaria sebagai model kejayaan usahawan tempatan.

Zakaria yang ditemui selepas majlis itu, berkata beliau sedang menunggu peluang untuk mengembang­kan perniagaan­nya ke Amerika Syarikat dan United Kingdom.

“Saya pada mulanya menyewa sebuah kilang di Besut, Terengganu dengan bantuan kerajaan dan hasil kerja keras, kini mempunyai kilang sendiri yang mampu mengekspor­t produk ke luar negara dengan pendapatan RM10 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan memberikan sokongan dalam bentuk pembiayaan melalui pelbagai insentif selain khidmat nasihat serta latihan.

Katanya, beliau menerima dana bernilai RM40 juta dengan bantuan kerajaan untuk mengembang­kan lagi perniagaan­nya.

Perdana Menteri dalam ucapannya menyatakan Zakaria memperoleh RM9.7 juta melalui pembanguna­n fasiliti kilang makanan dan minuman yang diceburi itu.

Dengan bantuan kerajaan dan hasil kerja keras, kini saya ada kilang sendiri” Zakaria Jusoh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia