Berita Harian

Pusat sehenti ETC bantu usahawan

Gabung pelbagai agensi berkaitan bawah satu bumbung

- Oleh Syed Umar Ariff dan Fahmy Azril Rosli

Pusat Transforma­si Keusahawan­an (ETC) akan dibangunka­n bagi memainkan peranan sebagai pusat sehenti untuk membantu usahawan.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata ETC menggunapa­kai konsep Pusat Transforma­si Bandar (UTC) dan Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) yang mengumpulk­an pelbagai agensi kerajaan dan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung.

Beliau berkata, fungsi pusat ini berbeza dengan UTC dan RTC kerana bakal mempunyai pelbagai agensi yang berkaitan keusahawan­an antaranya SME Corporatio­n (SME Corp), Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, (PUNB), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“ETC tidak hanya menyediaka­n agensi yang menawarkan perkhidmat­an pembiayaan, malah turut mempunyai bilik seminar dan ruang berniaga kepada orang ramai.

Projek perintis ETC di Selangor

“Orang ramai yang nak menjadi usahawan tak perlu lagi ke hulu ke hilir untuk berurusan dengan bank atau mana-mana agensi.

“ETC ini memudahkan, semuanya ada merangkumi bantuan, pendidikan dan pembiayaan sekalipun.

“Buat masa sekarang, kita sedang membangunk­an projek perintis ETC ini di Bangunan UMNO Selangor. Dua tingkat dikhususka­n untuk ETC di Selangor.

“Jika BN diberi mandat di Selangor, kita akan perluaskan inisiatif ini,” katanya yang juga Pengerusi BN Selangor pada sesi interaksi bersama Menteri di Kapsul@ Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018 di Axiata Arena di sini, semalam.

Siap garis panduan

Dalam perkembang­an lain, Noh berkata, kementeria­nnya sudah menyiapkan garis panduan perniagaan food truck dan ia dijangka dibentang ke Kabinet pada minggu depan.

Apabila lulus kelak, garis panduan itu akan menjadi rujukan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada peringkat kebangsaan.

“Kita dapat banyak rungutan daripada peniaga food truck berhubung beberapa perkara antaranya membabitka­n bayaran lesen dan sewa tapak tidak sama kerana sekarang ini belum ada garis panduan.

“Peniaga food truck ini rasa mereka seperti pelarian. Insyaallah, bila selesai garis panduan ini PBT dapat selaraskan perniagaan food truck,” katanya.

Beliau berhasrat untuk meneliti semula cadangan untuk tidak mengenakan lesen perniagaan kepada peniaga kecil.

ETC ini memudahkan, semuanya ada merangkumi bantuan, pendidikan dan pembiayaan sekalipun” Noh Omar, Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Pengunjung mencuba produk keluaran usahawan di Bukit Jalil, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Pengunjung mencuba produk keluaran usahawan di Bukit Jalil, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia