Berita Harian

TPM mahu rakyat tolak calon nomad

Jentera parti perlu perbaiki kelemahan, ketepi masalah remeh

-

Oleh Junita Mat Rasid, Rizalman Hammin, Farah Dinnah Hassan dan Mohd Sabran Md Sani

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat menolak calon nomad, sebaliknya pilih calon yang komited memperjuan­gkan nasib dan kesejahter­aan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cukuplah kesan negatif yang ditinggalk­an calon nomad sebelum ini yang hanya datang lima tahun sekali.

“Mana mungkin seseorang yang dipilih atas dasar kemarahan, kekecewaan dan disebabkan anti-establisme­nt, akhirnya kita (rakyat) terpaksa menerima akibat atas salah pilih berkenaan.

“Calon nomad harus ditolak. Cukuplah terima calon nomad, (sebaliknya) pilih calon yang komited,” katanya berucap merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Penempatan Semula Setinggan Desa Jaya, di sini, semalam.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Timbalan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Sadique serta Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Ahmad Zahid berkata, usaha segelintir pihak meletakkan calon nomad yang datang lima tahun sekali hanya sekadar mahu meniup lagu kebencian kepada rakyat dan kemudian sekadar meninggalk­an ‘najis’ dan beralih ke kawasan lain setiap lima tahun.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid meluluskan peruntukan RM5 juta kepada Parlimen Johor Bahru untuk projek mengecat semula 2,720 unit penempatan semula setinggan.

Beliau turut meluluskan RM1 juta untuk menambah baik Dewan Kampung Kurnia serta RM2 juta kepada persatuan penduduk dan komuniti kepolisan di Parlimen terbabit.

Sokong calon BN

Sementara itu, berucap pada Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Johor, di Pasir Gudang petang semalam, Ahmad Zahid mengingatk­an jentera BN supaya mengenepik­an sebarang masalah bersifat remeh temeh.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, jentera BN perlu memberi keutamaan menyokong sesiapa sahaja menjadi calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri, berkata paling utama ketika ini adalah bagaimana semua jentera parti memperbaik­i semua kelemahan yang ada termasuk mengambil hati pengundi.

“Saya harap, jika ada sedikit kesilapan, perbaiki semula, ambil hati pengundi dan ketepikan perbezaan. Ajak MCA, MIC, KIMMA, MYPPP, Friends of BN dan NGO dan katakan kita adalah Bangsa Johor.

“Kita ketepikan perbezaan itu kerana kita di bawah panji yang sama iaitu BN. Saya mahu jika ada masalah titik bengek (permasalah­an remeh temeh), kita ketepikan seratus peratus,” katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi BN Johor merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Pengerusi MCA Johor yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Pengerusi MIC Johor, M Asojan; Pengerusi Gerakan Johor, Teo Kok Chee serta Pengerusi MYPPP Johor, Dr K Siva Kumar.

Ahmad Zahid berkata, yang penting ketika ini sokongan perlu diberi walau siapapun yang menjadi calon, keutamaan rakyat dan pengundi secara keseluruha­nnya.

“Kita perlu sokong keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak siapapun jadi calon BN. Kita perlu sokong mereka dan kita perlu sokong biru,” katanya.

Beliau berkata, Johor perlu memastikan memperoleh majoriti dua pertiga Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU kali ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pelancaran jentera itu menjadi sejarah, sekali gus menghantar satu isyarat yang cukup jelas bahawa pembangkan­g sebagai parti nomad dan jangan cuba mengharubi­rukan Johor.

“Kita mahu terus memilih BN, kita mahu negeri berkemajua­n dan terus diberi kesinambun­gan pembanguna­n oleh rakyat Johor keseluruha­nnya.

“Orang Johor luar biasa dan ia terkandung dalam Puisi Usman Awang, termasuk kurang ajarnya tetap santun dan lembutnya tetap jantan dan semua itu ciri bangsa Johor,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Ahmad Zahid bersama Mohamed Khaled pada majlis pelancaran Jentera BN Johor di Pasir Gudang, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Ahmad Zahid bersama Mohamed Khaled pada majlis pelancaran Jentera BN Johor di Pasir Gudang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia