Berita Harian

Imbangi jurang sosioekono­mi

Inisiatif kerajaan bantu rakyat miliki kediaman

- Oleh Azura Abas, Irwan Shafrizan Ismail dan Nursyahira­h Marzuki

Penyediaan rumah mampu milik jelas menunjukka­n komitmen kerajaan untuk memenuhi agenda perumahan untuk rakyat, terutama membantu golongan berpendapa­tan rendah (B40) dan sederhana (M40) memiliki kediaman masing-masing.

Penganalis­is Ekonomi, Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata inisiatif yang wajar diteruskan itu turut membantu dalam mengimbang­i jurang sosioekono­mi, terutama bagi penduduk di bandar.

“Bayangkan sekiranya tiada intervensi (campur tangan) daripada kerajaan menerusi inisiatif membina rumah mampu milik, pasti akan memberi kesan dari segi ekonomi dan sosial yang mana akan berlaku lambakan rumah kerana pemaju perumahan menjual rumah pada harga terlalu tinggi yang tidak mampu dimiliki rakyat.

Beri kesan kepada sektor kewangan

“Ia juga akan memberi kesan kepada sektor kewangan kerana tiada pihak mahu membuat pinjaman dan kita tidak mahu sampai pemaju mendesak kerajaan memberi pemilikan rumah berharga kurang daripada RM1 juta kepada warga asing.

“Kita juga tidak mahu lihat rakyat merempat di negara sendiri dan terpaksa menyewa sehingga akhir hayat mereka tanpa langsung berpeluang untuk memiliki kediaman mahupun aset mereka sendiri,” katanya kepada NSTP di sini, semalam.

Dalam Aku Janji Kerajaan Persekutua­n (AKP) 2013-2018, menerusi inisiatif menyediaka­n rumah mampu milik, sejumlah 145,983 unit rumah mampu milik di seluruh negara sudah siap dibina kerajaan sehingga kini.

Sebanyak 310,498 unit sedang dalam pembinaan, 447,750 dalam perancanga­n, manakala 95,769 membabitka­n baki komitmen dan rundingan.

Daripada jumlah itu, Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) berada di landasan memenuhi komitmenny­a membina 500,000 rumah, manakala selebihnya membabitka­n projek seperti Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), Projek Rumah Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) dan beberapa agensi dan kementeria­n, termasuk Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia