Berita Harian

Syor teroka pasaran hartanah penuhi permintaan

-

Putrajaya: Inisiatif kerajaan menyediaka­n pelbagai projek rumah mampu milik bukan sahaja perlu diteruskan, malah pada masa sama disaran meneroka pasaran hartanah sekunder atau subjualan dalam usaha menampung permintaan rakyat yang mahu memiliki kediaman sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hartabumi.com, Radzi Tajuddin, berkata permintaan bagi Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA) sangat tinggi, difahamkan mencecah 1.5 juta permohonan.

Katanya, ketika PR1MA sedang dijalan atau dibangunka­n, kenapa tidak kerajaan turut meneroka pasaran subjualan kerana ada kediaman yang ditawarkan pada harga lebih murah berbanding rumah baharu.

“Kerajaan boleh mainkan peranan dengan menjadi pemudah cara antara pembeli dan juga penjual bagi pasaran subjualan (subsale) ini,” katanya kepada NSTP.

Beliau turut mencadangk­an supaya projek perumahan mampu milik yang akan dibangunka­n selepas ini turut mengambil kira lokasi dan kemudahan akses pengangkut­an awam kepada pembeli.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Geshina Ayu Mat Saat, berkata memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa bagi B40 dan M40 di negara ini turut membantu dalam menangani masalah sosial yang boleh menjejaska­n institusi kekeluarga­an.

“Kerap kita lihat masalah sosial yang meruncing di kawasan penempatan padat dan setinggan, jadi masalah perumahan ini boleh menyumbang kepada masalah lain seperti keganasan, buli, lari rumah dan jenayah lain,” katanya.

Kerajaan boleh mainkan peranan dengan menjadi pemudah cara antara pembeli dan juga penjual bagi pasaran sub-jualan (subsale)” Radzi Tajuddin, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hartabumi.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia