Berita Harian

Orang ramai puas hati urusan lebih pantas, efisien

-

Pelancaran aplikasi MYTNB yang diperkenal­kan Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini, mendapat maklum balas positif orang ramai kerana ia dilihat memudahkan urusan pembayaran dan menyemak bil.

Pengguna tidak perlu lagi menunggu bil fizikal yang dihantar ke kediaman masing-masing, sebaliknya boleh mengetahui penggunaan tenaga elektrik hanya di hujung jari.

Pengendali katering, Hashim Ahmad, 56, berkata aplikasi itu memberi kemudahan baginya untukmenye­mak bil serta membanding­kan jumlah bil untuk tempoh enam bulan terakhir.

Katanya, pekerjaann­ya yang agak sibuk dan kadang kala tidak kira masa membuatkan­nya sering terlupa untuk membuat pembayaran bil elektrik.

Bayar bil pada bila-bila masa

“Dengan adanya aplikasi ini, saya boleh mengetahui jumlah bil elektrik dan membayarny­a padabilabi­la masa dan ia amat memu- dahkan saya.

“Malah, saya juga boleh membuat aduan secara terus menerusi aplikasi ini tanpa perlu membuat panggilan telefon mahupun pergi ke pejabat TNB sekiranya berdepan masalah bil elektrik,” katanya. Sementara itu, penuntut Universiti Malaysia Pahang, Hariza Aina Mohd Rafi, 21, berkata pelancaran aplikasi itu seiring dengan perkembang­an teknologi terkini.

Katanya, pada masa kini orang ramai memerlukan perkhidmat­an yang cepat, pantas serta memudahkan urusan seharian mereka.

“Hampir seluruh rakyat Malaysia mempunyai telefon bimbit dan aplikasi ini mendatangk­an faedah serta kemudahan kepada pengguna bagi mengetahui kadar tenaga elektrik yang digunakan dan jumlah bil.

“Saya akan memastikan ibu bapa saya memuat turun aplikasi ini, tidak perlu lagi berbaris di pejabat pos mahupun pejabat TNB untuk membuat pembayaran bil elektrik selepas ini,” katanya.

Saya juga boleh membuat aduan bil elektrik secara terus menerusi aplikasi ini tanpa perlu membuat panggilan telefon” Hashim Ahmad, Pengendali katering

 ??  ?? Hariza Aina Mohd Rafi
Hariza Aina Mohd Rafi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia