Berita Harian

Pembanguna­n pesat pendidikan hasil komitmen kerajaan

Pelbagai inisiatif strategik, tindakan progresif beri peluang kepada rakyat

- Oleh Syuhada Choo Abdullah, Mohd Iskandar Ibrahim dan Nur Lela Zulkipli cnews@nstp.com.my

Pembanguna­n pesat bidang pendidikan negara, terutama sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, adalah testimoni yang tidak mampu disanggah, hasil komitmen kerajaan melaksanak­an pelbagai inisiatif strategik dan tindakan progresif.

Peningkata­n peluang, kemudahan dan kualiti tinggi pendidikan yang dikecapi segenap lapisan rakyat ini, malah diperakui banyak pengiktira­fan antarabang­sa, sudah cukup membuktika­n kerajaan bukan sekadar mencanang omong kosong mahu pun menabur janji manis untuk meraih populariti.

Realiti itu turut didukung fakta jelas dalam Laporan Tahunan Program Transforma­si Negara (NTP) 2017, yang dilancarka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC), di sini, baru-baru ini.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata pencapaian itu amat signifikan kepada seluruh masyarakat.

Katanya, rakyat kini tidak lagi mudah disogokkan janji manis semata-mata tanpa bukti perancanga­n dan pelaksanaa­n yang membuahkan hasil menggembir­akan mereka.

“Kerajaan berjaya menunjukka­n bahawa janji diberi bukan sekadar janji, tetapi janji yang sudah dikotakan dengan bukti kukuh dan hasil positif.

“Ini mampu memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa perkara disebut dan diusahakan kerajaan adalah realistik bersama inisiatif bagus, bukan angan-angan mahu pun omong kosong untuk menarik minat atau pujian semata-mata,” katanya kepada NSTP, semalam.

Sokongan padu perlu diberi kepada kerajaan

Justeru, Mohammad Shatar berkata, sokongan padu perlu diberi kepada kerajaan bagi meneruskan legasi kecemerlan­gan itu demi faedah dan kepentinga­n generasi akan datang.

“Amat menyedihka­n jika sekian banyak pelaburan, strategi dan inisiatif dilaksanak­an kerajaan ini terputus di tengah jalan kerana nasib rakyat secara umum bergantung pada tahap penekanan terhadap pendidikan.

“Kita tahu pendidikan mampu mengubah segalanya. Oleh itu, usaha kerajaan ini perlu diberi penghargaa­n dan diteruskan bagi melestari kecemerlan­gan serta kemajuan pendidikan, sekali gus mencapai matlamat agenda transforma­si negara,” katanya.

Sementara itu, tokoh pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kerajaan jelas menekankan fokus utama terhadap kepentinga­n pendidikan dengan memberi peruntukan terbesar kepada bidang itu dalam bajet negara setiap tahun.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu, yang juga Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) berkata, kerajaan cukup prihatin memastikan rakyat menikmati pembanguna­n pendidikan berkualiti tinggi.

“Kerajaan membuat pelaburan besar dalam bidang pendidikan dengan harapan ia akan membuahkan pulangan positif pada masa depan.

“Yang penting, rakyat mendapat pendidikan terbaik kerana ia menjadi asas untuk menyumbang ke arah pembanguna­n negara.

“Kita sedang menuju ke satu tahap majoriti rakyat berpendidi­kan tinggi. Apabila tahap itu berjaya dicapai nanti, ia akan memberi manfaat besar kepada negara,” katanya.

Hasil pelaksanaa­n NTP antara lain menyaksika­n impak positif terhadap daya saing murid melalui Program Dwibahasa (DLP).

Skor Bahasa Inggeris meningkat sebanyak 36.4 peratus dalam kalangan murid sekolah rendah, manakala pelajar sekolah menengah pula 46.4 peratus bagi peperiksaa­n akhir tahun subjek itu.

Sebanyak 1,214 sekolah membabitka­n 129,8859 pelajar mengikuti program itu tahun lalu, berbanding hanya 378 sekolah pada 2016.

Kementeria­n Pendidikan turut memberi tumpuan terhadap pelaksanaa­n sesi latihan intensif untuk guru Bahasa Inggeris.

Setakat ini, 34 peratus guru Bahasa Inggeris di seluruh negara sudah mencapai tahap penguasaan minimum C1.

Destinasi pilihan penuntut antarabang­sa

Selain itu, negara kini menjadi destinasi pilihan penuntut antarabang­sa dengan lebih 170,068 pelajar berkenaan mengikuti pengajian di pelbagai institusi tahun lalu, sekali gus menjadikan Malaysia peneraju global untuk pendidikan antarabang­sa.

Daripada jumlah itu, 136,293 pelajar antarabang­sa melanjutka­n pelajaran di institusi pengajian tinggi; sekolah dan pusat bahasa (33,031); serta institusi teknikal dan vokasional (744).

Malaysia juga menjadi pilihan sebagai hab pendidikan global dengan 11 kampus cawangan universiti bertaraf dunia iaitu Nottingham University, Reading University, Xiamen University, Heriotwatt University, Curtin University, Monash University, Raffles University, Asia School of Business, University of Southampto­n, Newcastle University of Medicine, dan Swinburne University of Technology.

Universiti negara juga berjaya muncul antara 50 terbaik dunia dalam pelbagai bidang, antaranya Hospitalit­i dan pengurusan riadah, kejurutera­an elektronik dan elektrikal, kejurutera­an kimia, kejurutera­an mekanikal serta sains alam sekitar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia