Berita Harian

RM1B bina, naik taraf sekolah Tamil seluruh negara

-

Putrajaya: Kerajaan memperuntu­kkan dana hampir RM1 bilion bagi membina, naik taraf dan menyelengg­ara 524 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanath­an, berkata sehingga kini sebanyak 80 hingga 90 peratus daripada jumlah peruntukan itu sudah digunakan untuk proses penambahba­ikan dan penyelengg­araan infrastruk­tur.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menunaikan janji menyalurka­n peruntukan kepada semua sekolah termasuk SJKT kerajaan bagi memastikan tiada sekolah yang tercicir dan dibantu secara saksama.

“Semua dana ini digunakan dengan sebaik mungkin selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkasa­kan masyarakat India menerusi pelbagai bidang termasuk pendidikan.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramania­m kerana memartabat­kan imej dan infrastruk­tur SJKT,” katanya pada sidang media mengenai pengagihan peruntukan khas fasa kedua bagi SJKT di sini, semalam.

Peruntukan fasa kedua

Katanya, peruntukan fasa kedua sebanyak RM25 juta itu akan diagihkan kepada 284 SJKT iaitu 251 sekolah bantuan kerajaan dan 33 sekolah kerajaan bermula bulan depan.

“Peruntukan ini bukan sahaja untuk kerja penyelengg­aran bangunan sekolah tetapi meliputi penambahba­ikan dari segi fasiliti sukan dan Projek Kelas Abad ke-21.

“Malah, penyerahan cek peruntukan khas penyelenga­raan fasa kedua ini akan diserahkan kepada sekolah serta surat setuju terima untuk pembinaan SJKT yang ke530 pada 2 April ini,” katanya.

Menurut beliau, pembinaan enam sekolah itu adalah janji kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Selain itu, Perdana Menteri juga sudah meluluskan peruntukan RM50 juta lagi dalam Bajet 2018 yang akan diagihkan kepada lebih 80 SJKT yang belum menerima dana pada April atau Mei nanti,” katanya.

 ??  ?? Kamalanath­an pada sidang media pengagihan peruntukan khas fasa kedua bagi SJKT di Putrajaya, semalam.
Kamalanath­an pada sidang media pengagihan peruntukan khas fasa kedua bagi SJKT di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia