Berita Harian

Janji PAS bina Jambatan Palekbang terus ditagih

-

Tumpat: Mana janji nak bina Jambatan Palekbang yang menghubung­kan Kampung Palekbang, Tumpat dengan Kampung Cina, Kota Bharu?

Janji yang dilontarka­n sejak 23 tahun lalu oleh kerajaan PAS, masih diingati dan ditagih rakyat, kerana batu asas sudah diletak kononnya kemudahan itu akan menjadi realiti.

Tinjauan di lokasi peletakan batu asas mendapati, tulisan berhubung pembinaan projek jambatan yang dikatakan bernilai RM150 juta sudah terpadam, memandangk­an ia diletak sejak April 1996.

Masih tagih janji

Kerajaan negeri menabur janji membina jambatan itu sebagai kemudahan rakyat kerana mendakwa Jambatan Sultan Yahya yang terletak berdekatan sentiasa sesak.

Sebaliknya, yang berlaku apabila Kerajaan Pusat tampil membina jambatan kedua Sultan Yahya Petra pada Mei 2008 membabitka­n nilai RM170 juta sepanjang lebih 600 meter, dan siap sepenuhnya pada 2013.

Penduduk, Khairi Kassim, 32, berkata mereka masih berharap janji kerajaan negeri untuk membina jambatan itu dilaksana.

“Ketika janji ditabur, penduduk sangat gembira kerana kampung akan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat membangun dan dekat dengan bandar Kota Bharu hasil limpahan pembanguna­n jambatan itu.

“Namun, lebih 20 tahun berlalu, jambatan itu hanya tinggal janji malah lokasi yang diletakkan batu asas juga kelihatan terbiar. Hanya ada batu asas dan tulisannya juga sudah hilang kerana terlalu lama,” katanya ketika ditemui di Kampung Palekbang, di sini.

Penduduk, Faridah Senik, 48, berkata sekian lama kerajaan negeri menabur janji tanpa tindakan, membuktika­n janji yang dibuat selama ini sekadar untuk memperoleh sokongan untuk kemenangan ketika Pilihan Raya Umum (PRU).

“Jika dulu, penduduk berkobarko­bar apabila dijanjikan pembanguna­n termasuk jambatan ini, kini kami hanya melihat batu asas, bukannya jambatan seperti yang digembar-gemburkan.

“Cukuplah menabur janji, bila menang kami tak dapat apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz, berkata pembinaan Jambatan Palekbang amat penting kepada penduduk Palekbang, Kampung Laut dan Tumpat kerana ia adalah pemangkin kemajuan kawasan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia