Berita Harian

Warga setinggan dapat rumah

320 unit kediaman baharu lebih selesa, selamat

- Oleh Farah Dinah Hassan

Penduduk di empat kampung setinggan, semalam, gembira menerima kunci rumah bagi penempatan semula di Desa Jaya, dekat sini.

Lebih bermakna, penempatan semula itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad,

Sebanyak 320 unit disediakan bagi menempatka­n penduduk dari Kampung Desa Jaya, Desa Melayu, Hajjah Hasnah dan Belantik.

Secara keseluruha­nnya, sebanyak 2,720 unit disediakan bagi lapan kampung termasuk Kampung Bakar Batu, Tok Siak, Bunga Raya dan Tengah serta Desa Makmur, bagi memberi laluan pembinaan Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL).

Penerima, Azman Othman, 57, berkata beliau bersyukur atas usaha kerajaan membantu penduduk setinggan dengan menempatka­n mereka di tempat baharu.

“Kami sudah tinggal di rumah setinggan sejak lebih 30 tahun, dengan keadaan rumah pun sudah buruk.

Kehidupan lebih selesa

“Apabila diberi rumah baharu ini, kami sekeluarga berpeluang memulakan kehidupan lebih selesa serta rumah pun tidak sempit untuk saya dan anak,” katanya.

Bagi Abd Razak Abd Rahman, 36, sudah lebih 15 tahun beliau dan penduduk Kampung Desa Jaya menanti untuk mendapatka­n penempatan semula yang lebih sempurna.

Katanya, beliau tinggal di kampung itu sejak lahir dan banyak kenangan bersama rakan dan orang kampung.

“Pembinaan penempatan semula di sini membolehka­n penduduk berpindah ke kediaman lebih selesa, malah dapat membina kehidupan dengan komuniti yang lama,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zasfaruddi­n, 55, turut menzahirka­n rasa gembira kerana dapat menduduki rumah baharu selepas lebih 28 tahun menetap di rumah lama di Kampung Majidee.

“Dinding rumah lama pun banyak yang sudah reput dimakan anai-anai. Kalau hujan, rumah pun bocor.

“Apabila dapat berpindah ke rumah baharu ini, syukur kerana saya dan anak dapat tinggal di rumah lebih selesa,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Ahmad Zahid menyampaik­an replika kunci rumah kepada Wahid Abd Hamid sambil diperhatik­an Mohamed
Khaled (dua dari kanan) dan Shahrir (kiri) di Desa Jaya, Johor Bahru, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Ahmad Zahid menyampaik­an replika kunci rumah kepada Wahid Abd Hamid sambil diperhatik­an Mohamed Khaled (dua dari kanan) dan Shahrir (kiri) di Desa Jaya, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia