Berita Harian

Penduduk resah projek berisiko dekat rumah

MBPP didakwa tak beri maklumat terperinci

- Oleh Audrey Dermawan dan Mohamed Basyir cnews@nstp.com.my

Pembinaan tiga blok perumahan strata 43 dan 46 tingkat, menempatka­n 1,240 unit kediaman mampu milik dekat Jalan Sungai Ara di sini, mencetuska­n keresahan penduduk setempat kerana terlalu hampir dengan perumahan sedia ada.

Projek terbabit sudah diluluskan pada 28 Februari lalu, dengan kerja pembinaan dikatakan dimulakan sejak awal bulan ini dengan pemaju juga memasang papan maklumat projek terbabit.

Namun, lokasi projek ini menimbulka­n kebimbanga­n penduduk yang tinggal berdekatan kawasan tapak terbabit sejak 25 tahun lalu.

Penduduk, Manivannan, 40-an, mendakwa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak memaklumka­n kepada penduduk mengenai projek terbabit.

“Tiada penduduk mengetahui projek perumahan setinggi 46 tingkat akan dibina di sini. Sekiranya awak tidak beritahu saya ini projek bangunan setinggi 46 tingkat, saya tidak akan tahu mengenainy­a sehingga hari ini.

“Kawasan ini agak curam dan mereka akan membina perumahan tinggi di sini. Bagaimana jika bangunan runtuh? Kami adalah orang yang akan terjejas, adakah nyawa kami tidak penting untuk mereka?

Gesa beri penjelasan

“Saya berharap pihak berkenaan dapat menjelaska­n perkara ini kepada kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Kediaman penduduk di situ hanya terletak di antara 15 hingga 20 meter dari pagar yang dipasang sekitar tapak projek kediaman itu.

Penasihat Citizen Awareness Chant Group (Chant), Yan Lee, berkata pihaknya sudah menghantar e-mel kepada Datuk Bandar MBPP bagi mendapatka­n penjelasan terperinci mengenai projek itu, kerana penduduk sekitar mendakwa tidak mendapat sebarang maklumat mengenainy­a.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, berkata kerajaan negeri sepatutnya mengambil iktibar daripada peristiwa tanah runtuh yang mengorbank­an 11 orang di Tanjung Bungah pada Oktober tahun lalu.

Beliau menyifatka­n, rancangan membina tiga blok perumahan mampu milik dengan dua daripadany­a 46 tingkat dan satu lagi adalah 43 tingkat, dikhuatiri tidak selamat dan berisiko kepada pembeli serta penduduk setempat.

Kawasan cerun tak selamat

Katanya, kajian pakar geologi Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum ini melaporkan, beberapa kawasan cerun bukit di Pulau Pinang adalah tidak selamat untuk pembanguna­n besar.

Antaranya adalah di Tanjung Bungah, Balik Pulau, Paya Terubong dan juga Sungai Ara.

“Pakar geologi USM itu turut mendakwa cerun terbabit berisiko 60 peratus untuk berlaku tanah runtuh, jika ia dieksploit­asi bagi pembanguna­n. Ini bukan dakwaan orang awam atau saya, tetapi kajian pakar yang mengetahui berkaitan cerun dan bukit,” katanya.

Mengulas lanjut, Yee Cheu berkata, antara punca menyebabka­n kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah pada Oktober lalu, kerana ada laluan air di bawah bukit.

“Salah satu sebab tanah runtuh di Tanjung Bungah ialah kerana pergerakan bumi yang mempunyai aliran air di bawahnya, maka tanah menjadi lembut dan akhirnya membawa kepada kejadian tanah runtuh.

“Saya tidak mengatakan bahawa ia adalah sama dengan projek di Sungai Ara, tetapi petunjuk awal sudah ada. Sungai mengalir berhampira­n tapak, oleh itu pihak berkuasa perlu mengambil perhatian mengenainy­a juga,” katanya.

Yee Cheu berkata, jika projek berkenaan tidak dihentikan, penduduk boleh membuat bantahan dengan menandatan­gani petisyen dan menyerahka­nnya kepada wakil rakyat.

“Selain itu, mereka juga boleh membuat laporan polis, mengatakan mereka bimbang akan keselamata­n kerana projek yang dirancang adalah berisiko tinggi.

“Untuk cara lebih agresif, mereka boleh mengadakan protes, dan saya bersedia menyertai mereka,” katanya.

Rancangan membina tiga blok perumahan mampu milik 46 tingkat dan 43 tingkat, dikhuatiri tidak selamat dan berisiko kepada pembeli serta penduduk setempat” Teh Yee Cheu, ADUN Tanjung Bungah

 ?? [FOTO RAMDZAN MASIAM/BH] ?? Kerja pembinaan tiga blok perumahan strata 43 dan 46 tingkat dekat Jalan Sungai Ara di Georgetown, sudah dimulakan.
[FOTO RAMDZAN MASIAM/BH] Kerja pembinaan tiga blok perumahan strata 43 dan 46 tingkat dekat Jalan Sungai Ara di Georgetown, sudah dimulakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia