Berita Harian

Gegaria mahu gegar MATRADE

Edisi kelima program janjikan pelbagai aktiviti menarik

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Selepas menarik lebih 100,000 pengunjung di setiap lokasi yang diadakan sebelum ini, Festival Gegaria 2018 #Kitaok, kembali menemui orang ramai di Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), hari ini.

Festival gaya hidup dan hiburan terunggul anjuran Media Prima Berhad (MPB) itu memasuki edisi kelima dan selepas ini menemui orang ramai di Dataran Centrio Seremban 2, Seremban pada 7 April, manakala penutupnya di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada 14 April.

Seperti edisi sebelumnya, Festival Gegaria kali ini turut dibahagika­n kepada lima zon utama termasuk Zon Makan-makan, Zon Throwback Tunnel, Zon Gaya Hidup, Zon Komuniti dan Zon Hiburan.

Beraneka juadah enak hidangan food truck, makanan segera mahu pun cita rasa tradisi boleh didapati di Zon Makan-makan termasuk demonstras­i masakan, manakala Zon Throwback Tunnel mempamer gambar kenangan bertemakan kenegaraan sejak 1950 yang dihasil jurugambar The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd.

Pengunjung juga berpeluang mendapatka­n pelbagai maklumat berkaitan kesihatan, perkahwina­n, karier, media sosial, tips kecantikan dan fesyen, kisah kejayaan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta tutorial mekap daripada panel jemputan terkenal seperti Dr Say dan Nana Al-haleq, Chazynash, Faizdickie, Elfira Loy dan Wani Kayrie di Zon Gaya Hidup #Gegaria yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Turut disediakan, sesi ramah mesra bersama Reen Rahim, Eyka Farhana serta Bunkface dan bagi yang membawa anak kecil, pertanding­an mewarna diadakan pada pagi dengan penampilan istimewa Ejen Ali.

Zon komuniti

Festival Gegaria kali ini turut menyediaka­n perkhidmat­an untuk masyarakat menerusi Zon Komuniti #Gegaria.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung antaranya pemeriksaa­n kesihatan, ujian kecergasan, ujian saringan kesihatan serta kaunter khas Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sementara itu, zon paling menjadi tumpuan tidak lain semestinya Zon Hiburan #Gegaria #Kitaok yang dibuka bermula jam 8 pagi hingga 10 malam.

Pada pagi, orang ramai berpeluang menyertai senaman zumba di pentas utama sebelum menyertai pelbagai permainan fizikal yang disediakan seperti timbang takraw, teng-teng, congkak dan buih gergasi.

Bagi penggemar sukan elektronik, terdapat pelbagai permainan alam maya disediakan seperti Playstatio­n 4, Nintendo serta XBOX Console manakala kolaborasi Mygameon (MGO) dan Garena membolehka­n pengunjung menyertai Fifa Online 3, sekali gus berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000.

Bagaimana pun, semua permainan fizikal dan elektronik ini berakhir jam 5 petang bagi memberi laluan kepada Konsert #Gegaria yang bakal disiarkan secara langsung bermula jam 4 petang.

Konsert kali ini menampilka­n ramai artis popular tanah air antaranya Iamneeta, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Bunkface dan Bitterswee­t.

Orang ramai dijemput memeriahka­n festival dan maklumat lanjut mengenai Festival Gegaria boleh didapati di laman Facebook, gogegaria atau Instagram @gogegaria.

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF/BH] ?? Petugas membuat persiapan akhir Festival Gegaria di MATRADE, semalam.
[FOTO SADDAM YUSOFF/BH] Petugas membuat persiapan akhir Festival Gegaria di MATRADE, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia