Berita Harian

Yayasan FELCRA sedia RM1.56J jaya seminar peperiksaa­n

Anjur 20 program bersama BH bagi calon UPSR, SPM

- Oleh Asmah Rusman

Yayasan FELCRA memperuntu­kkan RM1.56 juta, bagi menjayakan Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n 2018 dengan kerjasama The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP).

Menerusi kerjasama dengan akhbar BH itu, Yayasan FELCRA menganjurk­an 20 seminar di seluruh negara bagi calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sasar pelajar luar bandar

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan FELCRA, Zulkifli Che Yong, berkata kumpulan sasaran program terdiri daripada pelajar luar bandar dan desa di sekitar kawasan diusahakan FELCRA Berhad termasuk kumpulan generasi kedua dan ketiga iaitu peserta dan kakitangan.

“20 program tajaan penuh diadakan tahun ini di 10 lokasi antaranya Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak, Johor, Kedah, Sabah dan Sarawak.

“Program tahun ini termasuk dua program Klinik UPSR BH Didik dan Seminar SPM BH Skor dengan menyasar seramai 3,400 pelajar,” katanya.

Beliau berucap pada majlis penyerahan surat kerjasama seminar yang diserahkan kepada Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abu Talib, di Balai Berita di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Kumpulan Pentadbira­n & Modal Insan Felcra Berhad, Jamaluddin Razali; Setiausaha Eksekutif Yayasan Felcra, Hashimuddi­n Hashim; Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an dan Pengurus Besar Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi.

Majlis turut menyaksika­n pelancaran Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n Yayasan FELCRA-BH 2018 yang bermula di lokasi pertama, Universiti Teknologi MARA (UITM) Kampus Raub, Pahang, esok.

Zulkifli turut merakamkan ucapan terima kasih kepada NSTP dan BH atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam melaksanak­an serta menjayakan program berkenaan.

Beri impak berkesan

“Memandangk­an program Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n ini mendapat sambutan dan memberi impak yang amat berkesan, kami ingin mencadangk­an supaya diadakan kolaborasi jangka panjang iaitu tiga tahun dengan kadar kos yang lebih rendah.

“Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada peserta dan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] ?? Alfian (tiga dari kanan), Zulkifli (tiga dari kiri), Ahmad Zaini (dua dari kanan), Jamaluddin (dua dari kiri) dan Farah Ezrin pada majlis penyerahan surat kerjasama seminar antara BH dan FELCRA untuk Program Kecemerlan­gan Peperiksaa­n 2018 di Balai...
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] Alfian (tiga dari kanan), Zulkifli (tiga dari kiri), Ahmad Zaini (dua dari kanan), Jamaluddin (dua dari kiri) dan Farah Ezrin pada majlis penyerahan surat kerjasama seminar antara BH dan FELCRA untuk Program Kecemerlan­gan Peperiksaa­n 2018 di Balai...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia