Berita Harian

BN wujud segmen khas tangkis tohmahan

Inisiatif jawab tuduhan tidak berasas di media sosial secara berpusat, lebih cepat

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Inisiatif Barisan Nasional (BN) mewujudkan satu segmen khas untuk menjawab fitnah politik di laman sesawang rasminya, mampu menangkis tohmahan daripada pembangkan­g terhadap kerajaan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata segmen itu juga dapat menjawab serta merungkai semua tuduhan tidak berasas yang dilemparka­n oleh pihak pembangkan­g.

Jadi trend di media sosial

Beliau berkata, terlalu banyak berita palsu dan fitnah yang sengaja direka oleh pihak pembangkan­g terhadap Kerajaan BN hingga ia menjadi trend di media sosial.

“Fitnah dan berita palsu yang dilemparka­n pihak yang tidak bertanggun­gjawab bukan sahaja menjejaska­n sesebuah kementeria­n, malah individu tertentu.

“Namun, ada kementeria­n yang lambat memberi maklum balas (menjawab fitnah) dan ada yang tidak menjawab langsung.

“Justeru, dengan adanya segmen khas ini, fitnah yang dilemparka­n dapat dijawab secara berpusat dan lebih cepat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai kewujudan segmen khas untuk menjawab fitnah politik yang disediakan di laman sesawang rasmi BN, www.barisannas­ional.org.my.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, Kerajaan BN bukan seperti pembangkan­g yang tidak dapat dipisahkan dengan berita palsu dan fitnah.

Beliau berkata, Kerajaan BN perlu bekerja keras untuk membuktika­n kebenaran.

“Segmen menjawab fitnah itu turut membolehka­n rakyat menyemak sebelum berkongsi berita membabitka­n politik yang tidak ditentukan kesahihann­ya.

“Ia merangkumi berita yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmat­an mesej segera, blog, laman sesawang dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai prosedur operasi standard (SOP) BN yang menetapkan tempoh maksimum selama empat jam bagi memberi maklum balas terhadap penyebaran berita palsu, Annuar berkata, ia digunakan sebagai panduan asas.

“Kita akan menyemak kesahihan setiap berita palsu yang sampai dengan mana-mana pihak berwajib dan dalam tempoh empat jam, kita akan cuba menjawab semula serta membuat pembetulan.

“Ini bukan sesuatu yang mudah tetapi kita akan cuba penuhi SOP ini supaya dapat memberi pembetulan dengan segera kepada orang ramai khususnya pengguna media sosial,” katanya.

Segmen menjawab fitnah itu bolehkan rakyat semak sebelum berkongsi berita membabitka­n politik yang tidak ditentukan kesahihann­ya. Ia merangkumi berita diterima dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmat­an mesej segera, blog, laman sesawang dan sebagainya” Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia