Berita Harian

Tindakan DOJ sita kapal dicabar di mahkamah Indonesia, AS

-

Kuala Lumpur: Tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menyita kapal layar mewah The Equanimity dengan kerjasama pihak berkuasa Indonesia, kini dicabar di mahkamah Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

Equanimity (Cayman) Limited, selaku pemilik sah kapal itu, menyifatka­n DOJ dan pihak berkuasa Indonesia bertindak melampaui had perundanga­n negara masing-masing dalam isu terbabit, sudah memfailkan dokumen berkaitan di mahkamah kedua-dua negara bagi membuktika­nnya.

Pemilik kapal itu mendakwa, DOJ menangguhk­an kes berkaitan aset berkenaan tahun lalu dan tiada langkah diambil membuktika­n berlaku sebarang salah laku, namun menyita kapalnya di Indonesia, sedangkan perintah penangguha­n dikeluarka­n mahkamah berhubung kes itu masih sah.

“Tindakan DOJ memfailkan (kes) di California adalah usaha untuk menggunaka­n dakwaan yang boleh dipertikai­kan mengenai tindakan yang diambil sebelum ini bagi menutup tindakanny­a sendiri yang bercanggah dengan undang-undang di Indonesia.

“Seperti ditunjukka­n dalam dokumen mahkamah yang difailkan Equanimity (Cayman) Limited, tindakan DOJ hanya akan menjejaska­n nilai kapal terbabit dengan ketara, selain mendedahka­n anak kapal kepada bahaya.

Jejas nilai kapal

“Tindakan itu tidak perlu sama sekali kerana kami sentiasa sedia menjual kapal berkenaan sementara kes DOJ masih berjalan. Sekiranya jualan dibuat berdasarka­n keadaan pasaran yang mencermink­an nilai sebenar dan mendapat harga yang adil,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarka­n di London, kelmarin.

Equanimity (Cayman) Limited turut mendakwa pendekatan diambil DOJ hanya menjejaska­n nilai kapal berkenaan, sedangkan badan itu belum menunjukka­n sebarang hak perundanga­n untuk membuat tuntutan.

Katanya, badan itu juga tidak cuba mendapatka­n hak milik kapal mewah itu dengan menghubung­i pihaknya, yang sudah menyatakan kesediaan bekerjasam­a dengan DOJ dan mahkamah AS.

Perbetul kesilapan fakta

Tambah kenyataan itu, walaupun DOJ boleh mengambil mana-mana tindakan yang dinyatakan itu pada bila-bila masa, namun badan itu memilih jalan yang sebenarnya tidak perlu, mahal dan tidak dirancang dengan baik apabila menyita kapal terbabit di perairan Indonesia, sekali gus menjejaska­n nilainya.

Susulan itu, pada Rabu lalu, Equanimity (Cayman) Limited selaku pemilik kapal, memfailkan jawapan bagi memperbetu­lkan kesilapan fakta dan salah tafsir dalam dokumen terbaru yang difailkan Kerajaan AS.

Ia mendakwa, bercanggah dengan dakwaan dibuat dalam dokumen difailkan Kerajaan AS itu, lokasi kapal mewah berkenaan tidak pernah dirahsiaka­n dan Equanimity (Cayman) Limited tidak mengambil sebarang langkah untuk menjejaska­n nilainya.

Tindakan DOJ memfailkan (kes) di California adalah usaha untuk menggunaka­n dakwaan yang boleh dipertikai­kan mengenai tindakan yang diambil sebelum ini bagi menutup tindakanny­a sendiri yang bercanggah dengan undang-undang di Indonesia” Kenyataan Equanimity (Cayman) Limited

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia