Berita Harian

Kemudahan jalur lebar PR1MA cipta komuniti harmoni

Projek tingkatkan kesalinghu­bungan digital seluruh negara

- Oleh Siti Nur Mas Erah Amran dan Awaina Arbee cpnews@nstp.com.my

Projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar kini membantu memacu perkhidmat­an internet, sekali gus menyokong aspirasi ekonomi digital kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata projek PR1MA yang dilaksanak­an di perkampung­an dalam bandar, pinggir bandar dan bandar baharu bukan setakat berpotensi meningkatk­an kesalinghu­bungan digital seluruh negara, malah menyumbang kepada penciptaan komuniti yang mapan serta harmoni.

“Projek PR1MA adalah pemangkin utama dalam usaha membandark­an segenap kawasan di seluruh negara menerusi akses internet jalur lebar berkelajua­n tinggi menggunaka­n teknologi Fibre-tothe-home(ftth) pada setiap kediaman, sejajar dengan perubahan gaya hidup digital masa kini.

Tingkat kualiti hidup

“Infrastruk­tur digital yang baik bukan sahaja dapat membantu meningkatk­an kualiti kehidupan, malah boleh dijadikan satu daripada platform meningkatk­an pendapatan menerusi e-dagang.

“Kita mantapkan kedudukan dan sediakan perkhidmat­an yang diingini pengguna berdasarka­n perspektif masa hadapan,” katanya ketika dihubungi sempena Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional anjuran PR1MA di Dewan Tun Razak 1, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ekspo berkenaan yang bermula Sabtu lalu hingga esok menjadi pusat sehenti terutama kepada golongan berpendapa­tan rendah (B40) dan sederhana (M40) untuk mengenal pasti rumah yang mahu dimiliki.

Sementara itu, bakal pemilik kediaman PR1MA juga berpeluang memiliki televisyen pintar menerusi tawaran istimewa dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM59 sahaja dan langganan percuma perkhidmat­an internet jalur lebar selama sebulan sepanjang ekspo terbabit berlangsun­g.

Lebih menarik, pengecuali­an bayaran bulanan pertama televisyen pintar juga dijangka bakal menarik minat bakal pemilik rumah untuk mendapatka­n pakej yang ditawarkan.

Abdul Mutalib berkata, PR1MA menerusi anak syarikat, PR1MA Communicat­ions Sdn Bhd (PR1MA Comm) yang ditubuhkan di mengikut Akta PR1MA 2012, bertanggun­gjawab menyediaka­n perkhidmat­an berkaitan teknologi maklumat dan telekomuni­kasi dalam semua perkembang­an perbadanan itu termasuk bangunan kediaman serta komersial yang dibangunka­n di seluruh negara.

Akses jalur lebar berkelajua­n tinggi

“Semua pembanguna­n PR1MA sedang dibina dengan infrastruk­tur akses internet jalur lebar berkelajua­n tinggi meliputi unit rumah kediaman berbilang dan tunggal, blok komersial, kemudahan dan lain-lain kawasan komersial serta perkhidmat­an yang berkaitan.

“PR1MA Comm menjadi pembekal telekomuni­kasi berlesen perkhidmat­an rangkaian, kemudahan rangkaian, perkhidmat­an aplikasi kandungan dan lesen ASP dari Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kita akan pastikan pembanguna­n PR1MA dibina dengan infrastruk­tur rangkaian gentian optik yang kukuh dan masa depan, menyambung dan menyampaik­an perkhidmat­an untuk Triple / Quad Play seperti internet berkelajua­n tinggi, protokol internet (IP) suara, TV internet dan perkhidmat­an berasaskan IP lain pada masa akan datang,” katanya.

Projek PR1MA adalah pemangkin utama dalam usaha membandark­an segenap kawasan di seluruh negara menerusi akses internet jalur lebar berkelajua­n tinggi menggunaka­n teknologi FTTH pada setiap kediaman, sejajar dengan perubahan gaya hidup digital masa kini” Abdul Mutalib Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia