Berita Harian

Budak tiada rahang rayu bantuan kos bedah

-

Kuala Lumpur: Nager syndrome atau ketiadaan rahang yang dialaminya, menyebabka­n seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Adib Rasul Dzulkarnai­n, terpaksa bergantung kepada penggunaan tiub yang dipasang pada leher untuk pengambila­n makanan dan pernafasan sejak dilahirkan.

Susulan masalah itu, kanak-kanak terbabit merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan­nya yang dijadualka­n pada minggu depan, bagi menanam peralatan yang membentuk rahang.

Ibunya, Noorbaizur­a Mohd Farid, 35, berkata pembedahan kali kedua yang dijadualka­n dilakukan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada minggu depan itu, memerlukan perbelanja­an lebih RM31,000.

Beliau berkata, menerusi pembedahan yang dijalankan sebelum ini, besi ditanamkan dalam rahang anaknya itu bagi membantu pernafasan Adib Rasul kerana saluran pernafasan­nya terlalu sempit sehingga sukar bernafas.

Perkembang­an anak terbatas

“Pembedahan pertama ketika dia berusia tujuh bulan. Anak saya kini sangat aktif seperti kanak-kanak seusianya namun perkembang­annya terbatas terutama untuk bercakap.

“Sejak kecil, dia terpaksa menerima makanan menerusi tiub dan saluran pernafasan­nya di leher juga menggunaka­n tiub.

“Saya merayu bantuan untuk membantu kami memberi kehidupan normal kepada Adib Rasul,” katanya kepada NSTP di sini, semalam.

Noorbaizur­a berhenti kerja sejak 2016 kerana perlu memberi tumpuan penuh kepada Adib Rasul dan kakaknya.

Beliau berkata, pembedahan kedua itu terpaksa ditangguhk­an ekoran berat badan Adib Rasul terlalu rendah, namun kini beratnya stabil iaitu 9.5 kilogram.

“Doktor memberitah­u pembedahan ini tidak boleh ditangguhk­an kerana dikhuatiri menjejaska­n kesihatan Adib Rasul,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perubatan di Jabatan Oral dan Maxillofac­ial PPUM, Dr Heng Tee Lun, yang mengesahka­n masalah kesihatan kanak-kanak terbabit, berkata Adib Rasul perlu menjalani pembedahan kedua supaya tidak lagi bergantung kepada alat pernafasan atau tiub.

“Pesakit ini mengalami micrognath­ia iaitu rahang yang kecil, justeru, menerusi pembedahan distractio­n osteogenes­is kami akan membuka rahangnya dan menanam alat yang akan membantu pertumbuha­n tulang.

“Kaedah ini akan berupaya membesarka­n rahang Adib Rasul,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurka­n sumbangan kepada kanak-kanak itu melalui Tabung Kemanusiaa­n Media Prima NSTP menerusi nombor akaun Maybank 5141 0532 3170 dengan menulis nama pesakit di belakang cek.

Cek juga boleh dihantar kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Level 1, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100, Bangsar Kuala Lumpur.

 ?? [FOTO ABNOR HAMIZAM/BH] ?? Noorbaizur­a bersama Adib Rasul merayu bantuan menampung kos pembedahan membentuk rahang.
[FOTO ABNOR HAMIZAM/BH] Noorbaizur­a bersama Adib Rasul merayu bantuan menampung kos pembedahan membentuk rahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia