Berita Harian

Tebalkan muka jadi ‘jaga’

Alina Hassan kongsi cerita keperitan hidup selepas menjadi ibu tunggal

- zaidim@bh.com.my Oleh Zaidi Mohamad

Namanya pernah meniti bibir peminat seni muzik kira-kira dua dekad lalu selepas menjuarai pertanding­an Sinaran

Pasport Kegemilang­an 1996. Bahkan, Alina Hassan juga pernah memiliki dua album di bawah label Ambang Klasik.

Begitupun, rezeki dalam bidang seni suara bagai tidak menyebelah­i diri selepas kegagalan album yang diterbitka­n pada 1997. Kegawatan ekonomi ketika itu nyata memberikan kesan kepada dunia muzik, termasuk pasaran album milik wanita terbabit.

Kegagalan album beliau juga membuatkan Alina, 51, menyepikan diri. Apatah lagi, apabila dirinya kemudian bertemu jodoh dengan seorang guru pada 1999. Perkahwina­n itu membawa

Alina menetap di Terengganu dan keutamaan dirinya juga berubah kepada keluarga.

Minat menyanyi tak pernah terhakis

Begitupun, minatnya pada nyanyian sekali-kali tidak pernah terpadam. Lalu, apabila ada ruang untuknya menonjolka­n bakat dimiliki, Alina cuba merebut peluang berkenaan.

Lima tahun lalu, beliau pernah menyertai pertanding­an realiti, Kilauan Emas musim ketiga.

Kini, dirinya sekali lagi menjadi perhatian apabila terbabit dalam program Mentor Otai di TV3. Beliau antara dua peserta yang berada di bawah bimbingan penyanyi, Siti Sarah.

“Jika diikutkan, minat saya pada nyanyian memang tidak pernah terpadam. Bahkan, menjadi penyanyi juga tetap cita-cita utama saya.

“Namun, saya tidaklah berasakan mampu menjadi penyanyi seperti dua dekad lalu. Maksud saya, impian saya kini bukanlah sehingga menjadi seorang bintang.

“Sebaliknya, saya cuba menggunaka­n bakat dan suara kurniaan Allah ini sebaik mungkin untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Bergelut teruskan kehidupan

Kehidupann­ya tidak seindah diimpikan. Selepas berpisah dengan bekas suami pada 2011, Alina turut bergelut dalam mencari rezeki. Perceraian itu juga membawa dia kembali mencuba nasib di ibu kota.

“Sejak berpisah, saya kena kuat untuk meneruskan hidup. Saya ada menyanyi secara sambilan di hotel dan restoran.

“Ketika itu, ada masanya saya dihulurkan undangan nyanyian dan ada ketikanya pula tiada. Ada yang mengambil kesempatan membayar saya dengan jumlah kecil.

“Maklumlah, selain menggunaka­n alasan tiada peruntukan besar, mereka juga berasakan bayaran itu berbaloi untuk penyanyi lama.

“Sebelum ini saya pernah bekerja sebagai ‘jaga’ di KLCC. Setahun lebih juga saya bekerja di sana.

“Ada juga yang perasan saya melakukan kerja berkenaan. Apabila ada yang cam, saya hanya tersenyum saja. Malah, ada juga yang mengajak untuk bergambar kerana mereka masih mengenali saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia