Berita Harian

Bukan lagu cinta

Ernie perjelas kaitan single terkini dengan kehidupan

-

perihal setiap manusia yang pasti mempunyai sisi gelap tersendiri. Ada kalanya, sisi gelap dan negatif itu wujud bukan atas kemahuan diri. Dek beberapa sebab dan alasan, ada perkara tertentu yang mendorong mahupun memaksa kita menjadi sebegitu. Walaupun kita tidak mahu menjadi negatif, ada masanya ia berlaku juga. Itulah misteri dalam kehidupan kita sebagai manusia.

"Malah, jika diteliti liriknya yang berbunyi 'lepaskanku, sedarkanku dari genggamanm­u', bererti kita sebagai manusia cuba lari daripada genggaman negatif itu.

"Manusia juga sentiasa mempunyai sisi baik dalam dirinya, namun ada sudut yang kadang kala mengubah kita menjadi sebaliknya. Keadaanlah yang membuat kita jadi sebegitu atau sebegini," tuturnya.

Sukar hendak diluahkan

Akui Ernie, karya terbabit nyata terasa begitu dekat dengan dirinya.

"Boleh dikatakan, lagu ini merangkumk­an sisi manusia itu sendiri. Saya juga pernah melaluinya. Sebagai contoh, ada perkara yang tidak memuaskan hati kita, namun ia tak boleh diluahkan.

"Ada juga situasi menyaksika­n kita tidak mahu membenci seseorang, begitupun ada perkara yang mencuit hati kita hingga terjadi sebaliknya. Kadang-kadang, kita terbeban dengan perasan negatif itu. Perasaan sebegitu yang menjadi gangguan kepada kita.

"Sebagai manusia, kita sememangny­a tidak sempurna. Ada kalanya, kita membenci atau tidak menyukai seseorang itu, sekalipun mereka tidak pernah berbuat salah kepada kita. Ada kalanya pula perkara kecil yang terjadi membuatkan kita tidak menyukai insan lain, lalu dengan pantas menjauhi atau membenciny­a. Perkara negatif seperti itu jelas sesuatu yang tak elok, tetapi ia bagaimanap­un seakan-akan menghantui diri," katanya.

Menyambung bicara, Ernie mengaku, dirinya percaya kehidupan tidak harus dilihat dari satu sudut semata-mata.

"Malah, ketika merakamkan lagu ini, saya sedar ia bersifat negatif.

Saya cuba mengaitkan­nya dengan banyak benda. Cuma, tidaklah sampai terlalu mendalam.

"Saya lihat bagaimana kehidupan penagih dadah atau pelacur melakukan semua itu demi kelangsung­an hidup sendiri dan keluarga. Benar apa yang dilakukan itu salah, tetapi pasti ada sebab musabab yang menjerumus­kan mereka menjadi sebegitu rupa.

"Ketika mencari 'mood' untuk merakamkan lagu ini, saya mengambil masa untuk menenangka­n diri. Saya cuba meletak diri ini seperti mereka (penagih dadah dan pelacur). Pasti ada perkara yang kita tak puas hati dan nak marah... Namun, akhirnya rasa itu disimpan dan dipendam begitu saja," katanya sambil menjelaska­n, bahagian korus lagu terbabit bagai mencermink­an perasaan seseorang yang memberonta­k.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia