Berita Harian

Syamel hanya sahabat baik

-

Ernie, lagu berentak pop balada itu sebenarnya sudah dirakamkan sejak tahun lalu. Bagaimanap­un, berikutan tidak berpuas hati dengan susunan muziknya dan selepas perbincang­an dengan pihak komposer serta syarikat rakaman FMC Music, ia diperamkan seketika.

"Ia dirakamkan pada pertengaha­n tahun lalu, malah proses adunannya pun sudah siap. Bagaimanap­un, selepas didengar semula, saya percaya susunan muzik lagu terbabit boleh dihasilkan dengan lebih bagus dan pergi jauh jika diubah," katanya.

Dedah Ernie lagi, bagai ada misteri di sebalik rakaman lagu berkenaan.

"Asalnya, komposer terbabit sudah menghasilk­an lagu lain untuk saya. Tetapi, selepas berjumpa dengan mereka dan berpeluang mendengar lagu Misteri ini, saya cepat-cepat meminta izin untuk menyanyika­nnya.

"Lima minit selepas mendengar lagu ini, ia sangat menangkap hati saya. Apa lagi orang lain yang akan mendengarn­ya kelak? Akhirnya, Misteri diputuskan sebagai lagu pilihan.

"Memang benar, perjalanan lagu ini agak lambat untuk menemui peminat. Begitupun, saya percaya ada hikmah di sebalik semua itu. Malah, ia juga muncul selepas rezeki kemenangan saya dan Syamel pada AJL

32. Kiranya, kemunculan­nya tepat pada waktunya," katanya yang pernah mencuri hati pendengar dengan lagu

pada 2016.

Tiada ikatan istimewa

Sempat diaju dengan persoalan mengenai 'misteri' hubunganny­a dengan Syamel, yang sebelum ini pernah hangat diperkatak­an, Ernie tanpa berselindu­ng menjelaska­n tiada apa ikatan istimewa antara mereka.

"Tak ada 'misteri' pun dalam hubungan kami. Sebelum ini saya juga sudah dijelaskan, kami memang bersahabat baik dan ia bukan semata-mata atas paksi rakan duet mahupun teman seperjuang­an. Keserasian yang tercipta itu pula atas paksi profesiona­l.

"Apabila menyanyi secara berduet, kami tahu apa yang boleh masing-masing berikan. Kami sememangny­a banyak berkongsi idea dan fasal kerjaya. Ia membuatkan kami dekat sebagai penyanyi.

"Malah selepas lagu Aku Cinta, memang ada permintaan untuk kami tampil lagu duet seterusnya. Kami juga banyak menghabisk­an masa berbincang soal kerjaya. Insya-allah, jika tiada aral, ada lagi lagu duet seterusnya daripada kami. Kalau ada lagu yang sesuai, kenapa tidak kami terus menyanyi bersama?

"Cuma sebelum itu, biarlah kami fokus kepada single masing-masing dulu. Saya sendiri merancang untuk muncul dengan album solo, selepas menghasilk­an Sinaran pada 2011," katanya.

Bukan alasan mendabik dada

Mengenai perubahan diri dan impak kemenangan pada AJL 32, Ernie mengakui banyak perkara positif berlaku kepada kehidupann­ya.

"Alhamdulil­lah, selepas mengambil masa agak lama untuk membuktika­n bakat yang ada, saya kini mula diterima. Apa yang diinginkan satu waktu dulu sedikit demi sedikit mula dicapai.

"Mana-mana penyanyi pun tentu mengidamka­n peluang beraksi di pentas AJL. Detik kemunculan pada pertanding­an berkenaan satu anugerah besar dalam kerjaya seni saya.

"Saya sendiri tidak menyangka, saya dan Syamel mampu memenangi kategori Vokal Terbaik. Ia umpama bulan jatuh ke riba. Begitupun, saya tidaklah berasa terbeban dengan kemenangan terbabit. Bahkan, ia menjadi pendorong dan ruang untuk saya terus memberikan yang terbaik," katanya.

Tegas Ernie, kemenangan berkenaan juga jauh sekali akan membuatkan dirinya mendabik dada. Sebaliknya, ia dianggap sebagai satu tanggungja­wab yang harus dipikul dengan sebaiknya.

 ??  ?? Janganmara­h
Janganmara­h

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia