Berita Harian

Roy, Remy kembali bergabung

Dua bintang berpengala­man terus jadi buruan produser, bukti bakat atasi usia

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Kmuhamadfa­iroz@bh.com.my

edua-duanya pernah berganding­an dalam filem Gila-gila Remaja kira-kira 33 tahun lalu, masing-masing dengan watak Roy dan Remy. Kini, selepas tiga dekad, dua watak berkenaan kembali ke layar lebar menerusi naskhah arahan Zulkarnain Azhar berjudul Proksi.

Meskipun ceritanya berbeza daripada kisah yang pernah menjadi kegilaan remaja sekitar 1985 itu,

Faizal Hussein dan Datuk Rosyam Nor masing-masing mengaku watak dipegang mereka kali ini memberi kesan mendalam.

Daripada bakat yang boleh dikatakan masih mencari arah ketika membintang­i karya arahan Hussein Abu Hassan itu, dua aktor hebat ini membuktika­n keupayaan masing-masing dalam lakonan membolehka­n mereka kekal bertahan sehingga sekarang.

Bukan sekadar karya bercorak drama, malah kedua-duanya juga tidak asing dengan judul aksi.

Pada usia yang sudah pun melepas angka 50,

Faizal dan Rosyam terus menjadi buruan penerbit dek bakat mengagumka­n dimiliki kedua-dua anak seni ini. Tidak syak, mereka antara pelakon berpengala­man paling berpengaru­h dalam dunia sinema negara, saat ini.

Mudah cari keserasian

Walaupun agak lama tidak berlakon bersama, Faizal, yang bakal mencecah usia 51 tahun pada Mei depan berkata, mereka masih boleh mencari keserasian ketika beraksi di depan kamera. Apatah lagi ikatan persaudara­an yang wujud antara kedua-duanya turut membantu.

Menyedari kemampuan masing-masing, ia memudahkan lagi Faizal dan Rosyam untuk mencipta keserasian dalam Proksi, yang berkisar mengenai jenayah siber ini.

“Sudah begitu lama kami saling mengenali dan memandangk­an kami juga sepupu, ia memudahkan lagi untuk masing-masing mencari keserasian.

Apabila dimaklumka­n kami memegang watak Roy dan Remy, ia betul-betul mengembali­kan zaman nostalgia lama. Walaupun judul dan penceritaa­n tiada kaitannya dengan Gila-gila Remaja, tetapi ia tetap mengingatk­an kami pada kenangan lalu,” kata Faizal.

Aktor ini turut teruja apabila digabungka­n dengan bakat lebih muda dan baharu dalam filem itu.

“Biarpun saya dan

Rosyam boleh dianggap pelakon senior, namun apabila digandingk­an dengan bintang baharu yang hebat seperti Bront Palarae, Remy Ishak, Sangeeta Krishnasam­y dan Ashraf Sinclair, ia membuatkan saya rasa jadi lebih menarik.

“Apatah lagi dalam filem ini, pada awalnya watak kami tidak seperti disangkaka­n orang ramai. Hanya selepas seketika, baru penonton akan dapat menilai siapa kami sebenarnya.

“Dalam Proksi juga, saya dan Rosyam tidak melakonkan babak aksi, seperti beberapa naskhah dibintangi kami sebelum ini. Begitupun, cara ia dipersemba­hkan menampakka­n kami turut sama berlakon lasak,” katanya ketika ditemui di lokasi filem terbabit di ibu kota, baru-baru ini.

Mengakui sukar membawakan karakter dalam filem berkenaan berbanding karya aksi pernah dibintangi­nya,

Faizal menjelaska­n, watak Roy dibawanya cukup berat apabila perlu banyak bermain dengan ekspresi dan emosi dalaman.

Beliau sendiri tertarik untuk menjayakan filem itu berikutan ia dilihat sebagai naskhah yang berbeza dan dirinya perlu menampilka­n sisi lakonan yang lain, tidak seperti pernah dilakukann­ya sebelum ini.

Katanya, Proksi usaha yang cukup berani daripada produksi terbabit.

“Jika diikutkan, ia sebuah cerita yang susah untuk dibawakan. Saya sendiri, walaupun dianggap pelakon aksi, namun tidak melakonkan babak aksi dalam Proksi. Semuanya bergantung kepada cerita yang diketengah­kan.

“Begitupun, saya sendiri sememangny­a sentiasa mencari watak tidak pernah saya lakon sebelum ini. Banyak lagi karakter ingin saya teroka, walaupun filem ini adalah judul ke-46 saya bintangi. Banyak lagi watak saya nak jayakan, yang membolehka­n saya dilihat dari sudut berbeza,” katanya.

Belum masa jadi pengarah

Sementara itu, ditanya apakah beliau tidak teringin menduduki kerusi pengarah, Faizal berkata, belum sampai masa untuk dirinya berbuat demikian.

Akuinya, memang ada produksi menawarkan peluang untuknya menjadi sutradara, beliau lebih selesa beraksi di depan kamera, menyampaik­an mesej dan meyakinkan penonton dengan lakonannya.

“Saya selesa dengan diri saya sekarang yang bebas untuk berkarya. Pengarah lebih kepada menghasilk­an mesej dan saya pula lebih berminat untuk menyampaik­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia