Berita Harian

Dua bulan tidak sebumbung?

-

Ketika merpati dua sejoli ini bercinta dulu, memang bagai nak rak. Tetapi apabila berkahwin, sepurnama bulan pun tidak mampu bertahan.

Dulu, ramai yang tidak setuju apabila si selebriti wanita ini berkahwin dengan pilihan hatinya, yang juga nama dikenali orang. Sikap ‘dangkal’ si selebriti lelaki menyebabka­n dirinya tidak disukai ramai.

Bagaimanap­un, pasangan itu berkahwin juga walaupun sebelum bernikah, khabarnya mereka pernah bergaduh macam nak terbalik dunia. Ketika itu, hubungan sudah seperti telur di hujung tanduk.

Sudah namanya jodoh, mereka berkahwin secara besar-besaran.

Dengarnya, hubungan pasangan ini kembali berantakan selepas beberapa tahun berkahwin. Raja dengar, si suami seperti tidak boleh menerima hakikat isterinya sentiasa sibuk dengan kerja.

Rasa cemburu

Masakan tidak, si suami ketika ini sekejap bekerja, sekejap tidak. Sepatutnya apabila si isteri berjaya dalam kerjaya, dia kena bersyukurl­ah. Ini tidak, dia khabarnya jadi cemburu melihat pasanganny­a berjaya dan lebih kaya.

Khabarnya juga, si suami rasa rendah diri, tetapi tidak mahu menundukka­n keegoannya. Sudahnya mereka bergaduh besar. Dengarnya, sudah hampir dua bulan mereka tidak tinggal sebumbung.

Bagaimanap­un, si isteri tenang saja, tetapi si suami pula seperti ‘meroyan’ di laman sosial. Sedih juga membaca kata-katanya, tetapi itu pilihannya, bukan orang lain.

Raja lihat, netizen mula menghidu gelora rumah tangga mereka. Ada juga yang mempersoal­kan, apa terjadi kepadanya? Apa pun, kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Apa juga kemelut melanda, moga dapat diselesaik­an dengan sebaiknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia