Berita Harian

RHB unjur pinjaman runcit meningkat

Program pembiayaan, keupayaan digital pacu pertumbuha­n kukuh

- Oleh Suffian A Bakar

RHB Bank Bhd menyasarka­n pertumbuha­n pinjaman runcit lebih kukuh tahun ini, disandarka­n kepada peningkata­n program berkaitan pinjaman dan keupayaan digitalnya.

Pemangku Ketua Perbankan Runcit Kumpulan RHB Banking Group, Nazri Othman, berkata segmen runcit RHB dijangka meraih pertumbuha­n pinjaman 11 peratus bagi 2018 lebih kukuh berbanding pertumbuha­n 8.9 peratus tahun lalu.

Katanya, saiz aset peruncitan RHB bernilai sekitar RM76 bilion setakat Disember 2017 mewakili 46 peratus daripada keseluruha­n jumlah pinjaman bank itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran RHB Ringgitplu­s Credit Card Xpessapply via Chatbot di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, pihaknya juga menjangka pengeluara­n kad kredit yang lebih tinggi tahun ini dengan pengenalan RHB Ringgitplu­s Credit Card Xpessapply via Chatbot.

Mohon melalui kad kredit

RHB memperkena­lkan RHB Ringgitplu­s Credit Card Xpessapply via Chatbot, kaedah permohonan kad kredit melalui Chatbot.

Chatbot adalah pengirim pesanan waktu sebenar dalam Ringgitplu­s.com.

Chatbot membolehka­n pelanggan memohon kad kredit RHB secara atas talian, melalui konsep pesanan ringkas pada bila-bila masa.

Nazri berkata, pengenalan kaedah baharu itu adalah hasil kerjasaman­ya dengan pengendali laman web Ringgitplu­s.

Beliau berkata, pengguna kini boleh memohon kad kredit dalam tempoh hanya lima minit menggunaka­n RHB Ringgitplu­s Xpressappl­y.

“Melalui Chatbot yang menggunaka­n teknologi kecerdasan buatan (AI), pengguna dapat menik- mati pengalaman yang mudah, pantas dan selamat bagi permohonan kad kredit mereka,” katanya.

Semua permohonan dan dokumen akan diproses dalam talian dan pelanggan hanya perlu mengambil kad kredit di cawangan RHB berdekatan selepas kelulusan diperoleh.

RHB menjangka momentum pertumbuha­n pinjaman keseluruha­n yang lebih kukuh sebanyak enam peratus pada 2018 berbanding 3.7 peratus pada 2017.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Nazri (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ringgitplu­s Malaysia, Siew Yuen Tuck (kiri) dan Pemangku Ketua Pengedaran Runcit RHB Bank, Bernadette Sun pada majlis pelancaran RHB Ringgitplu­s Credit Card Xpessapply via Chatbot di Kuala Lumpur,...
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Nazri (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ringgitplu­s Malaysia, Siew Yuen Tuck (kiri) dan Pemangku Ketua Pengedaran Runcit RHB Bank, Bernadette Sun pada majlis pelancaran RHB Ringgitplu­s Credit Card Xpessapply via Chatbot di Kuala Lumpur,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia