Berita Harian

Lawatan ke GRI beri perspektif luas pengedar PROTON

-

Seramai 33 pengedar tempatan PROTON Holdings Bhd (PROTON) dibawa melawat ke Institusi Penyelidik­an Geely (GRI) di Hangzhou Bay, China baru-baru ini.

Syarikat automotif itu dalam satu kenyataan semalam berkata, tujuan lawatan itu adalah untuk berkongsi pelan masa depan dengan memperkena­lkan kepada pengedar kemajuan dan perkembang­an teknologi yang diguna pakai di Geely.

Katanya, lawatan itu juga memberikan perspektif luas kepada pengedar mengenai keupayaan Geely dengan mempamerka­n model yang bakal dikeluarka­n mereka bagi membantu meningkatk­an keyakinan terhadap masa depan PROTON.

“Pengedar dibawa melawat ke pusat pameran INTEC. Secara ringkasnya, Geely INTEC mewakili teknologi ‘IN’ yang merangkumi Intelligen­ce (pintar), Intrend (mengikut gaya terkini) dan Intergrati­on (integrasi) serta meliputi 5 komponen iaitu G-power, G-safety, G-blue, G-netlink dan G-pilot.

“G-power pada asasnya meliputi pembanguna­n rangkaian kuasa serta enjin. G-safety memfokuska­n kepada peningkata­n keselamata­n pada enam tahap iaitu; keselamata­n pemanduan, sistem bantuan pemandu, maklumat bantuan dan amaran keselamata­n, sistem keselamata­n aktif, keselamata­n perlanggar­an, penggera dan penyelamat kemalangan.

“Gblue pula merangkumi teknologi kereta ringan, penguranga­n penggunaan bahan api dan pemancaran serta pembanguna­n kereta tenaga baharu seperti Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Hibrid Plug-in (PHEV) dan Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV),” katanya.

Mengulas lanjut PROTON berka- ta, Geely turut membawa delegasi PROTON ke pusat pengujian rangkaian kuasa, Pusat Ujian Kenderaan dan Kilang Rintis.

Teknologi dibangunka­n

“Secara keseluruha­nnya, lawatan ini berjaya mencapai matlamatny­a kerana pengedar berpeluang menyaksika­n sendiri teknologi maju yang sedang dibangunka­n di GRI yang mana bakal digunakan pada model PROTON akan datang,” katanya.

Sementara itu, seorang daripada pengedar, Nur Shazzani Ahmad Shukri dari Pengangkut­an Sedar Sdn Bhd berpendapa­t, Geely adalah rakan niaga paling sesuai untuk PROTON.

Ini kerana katanya, dari segi perspektif perniagaan, ia adalah satu kelebihan kerana perkongsia­n ini dapat memberikan pengedar akses kepada pengeluar kereta yang lebih besar dengan kemudahan bertaraf dunia dan berteknolo­gi canggih.

“Saya sangat yakin dengan kereta yang bakal dikeluarka­n oleh PROTON melalui rakan niaga bersama Geely selepas melihat sendiri pembanguna­n di GRI,” katanya.

 ??  ?? Pengedar PROTON berpeluang menyaksika­n teknologi maju selepas dibawa melawat GRI di Hangzhou Bay, China baru-baru ini.
Pengedar PROTON berpeluang menyaksika­n teknologi maju selepas dibawa melawat GRI di Hangzhou Bay, China baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia