Berita Harian

VPCM umum semak semula jadual khidmat penyelengg­araan

-

Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumka­n jadual perkhidmat­an penyelengg­araan yang disemak semula untuk kereta Volkswagen (VW) berkuatkua­sa 1 April ini.

Pengarah Urusan VPCM, Florian Steiner, berkata langkah itu selari dengan usaha syarikat automotif berkenaan untuk mengoptimu­mkan pengalaman pemilikan kenderaan VW kepada pelanggann­ya.

“Jadual perkhidmat­an penyelengg­araan itu dipadankan dengan program penyelengg­araan percuma selama tiga tahun yang mana ia diperkenal­kan pada 1 Januari 2018.

“Tawaran ini hanya termaktub pada model kenderaan yang dibeli menerusi pengedar sah, dan tidak meliputi model yang diimport melalui pengedar tidak rasmi VW,” katanya dalam satu kenyataan, di Pengarah Urusan VPCM Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, katanya, senarai jadual perkhidmat­an penyelengg­araan semula bagi semua model VW yang dijual di Malaysia boleh didapati menerusi laman web rasmi VW.

Penggantia­n lanjutan

“Tawaran ini dilaksanak­an berikutan penggantia­n lanjutan terhadap komponen tertentu.

“Ini sekali gus penjimatan lebih baik bagi pemilik. Bagaimanap­un, juruteknik VW akan tetap melakukan pemeriksaa­n rutin sebagai sebahagian daripada proses penyelengg­araan standard dan akan terus memberi nasihat sewajarnya,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman web rasmi VW pada pautan www.volkswagen.com.my untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

 ??  ??
 ??  ?? Semakan semula jadual perkhidmat­an penyelengg­araan sebagai mengoptimu­mkan pengalaman pemilikan kenderaan VW.
Semakan semula jadual perkhidmat­an penyelengg­araan sebagai mengoptimu­mkan pengalaman pemilikan kenderaan VW.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia