Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak meningkat pagi semalam susulan pasaran ekuiti meningkat dan peserta pasaran memberi tekanan terhadap peningkata­n inventori dan pengeluara­n minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

Harga bagi niaga hadapan minyak mentah Brent Jun naik 58 sen untuk ditutup pada AS$69.34, manakala kontrak Mei yang tamat tempoh pda Khamis meningkat 74 sen kepada AS$70.27.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) naik 56 sen untuk ditutup pada AS$64.94.

Diskaun WTI berbanding Brent meningkat lebih AS$5 satu tong, angka terbesar sejak Januari, menjadikan­nya menarik untuk dieksport.

Harga minyak sudah meningkat sebanyak empat peratus sejak Januari, berada di landasan untuk mencatatka­n keuntungan suku tahun terpanjang sejak akhir 2010.

“Pasaran ekuiti sedang naik dan ia mendorong kepada pengukuhan harga minyak,” kata ahli strategi pasaran RJO Futures di Chicago, Philip Streible.

Pematuhan terhadap potongan bekalan daripada negara pengeluar Pertubuhan Negara Pengekspor­t Minyak (OPEC) dan negara sekutu seperti Russia mendorong kepada kepada kenaikan harga minyak.

Sumber daripada OPEC menyatakan usaha itu akan diteruskan sepanjang tempoh 2018.

Pasaran ekuiti naik dan ia mendorong kepada pengukuhan harga minyak” Philip Streible, Ahli strategi pasaran RJO Futures di Chicago

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia