Berita Harian

Usah biar anak ‘gila gajet’ atasi rosak penglihata­n

-

Kuala Lumpur: Ibu bapa perlu mengehadka­n penggunaan peranti elektronik seperti tablet dan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak bagi mengelakka­n penglihata­n mereka rosak.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata beliau bimbang dengan trend membiarkan kanak-kanak bawah tiga tahun bermain dengan peranti berkenaan tanpa had.

Malah, katanya, ada dalam kalangan ibu bapa memberikan alasan terpaksa membiarkan anak bermain dengan peranti berkenaan kerana tiada masa untuk melayan kerenah mereka.

Beri implikasi negatif

“Apa yang lebih membimbang­kan, kanakkanak ini bermain dengan peranti elektronik tanpa sebarang pemantauan, yang menyumbang kepada masalah ketagihan atau ‘gila gajet’,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kenyataan itu dikeluarka­n susulan kajian global baru-baru ini, yang mendapati penggunaan peranti elektronik seperti telefon pintar dan televisyen melebihi dua jam seminggu, memberi implikasi negatif terhadap daya penglihata­n.

Had 17 minit sahaja sehari

Kajian itu turut menyaranka­n kanak-kanak sewajarnya hanya dibenar bermain dengan peranti elektronik sekitar 17 minit saja sehari.

Lam Thye, berkata had waktu itu perlu dilihat serius, berikutan baru-baru ini, Kementeria­n Pendidikan memaklumka­n kepada Dewan Rakyat bahawa penggunaan gajet elektronik terlalu lama, antara penyumbang utama masalah penglihata­n dalam kalangan pelajar.

Katanya, jika masalah ketagihan atau ‘gila gajet’ tidak ditangani segera, beliau bimbang ia bukan saja akan merosakkan penglihata­n, tetapi kanak-kanak turut berdepan risiko pelbagai masalah sosial lain termasuk pornografi dan buli siber.

Ada dalam kalangan ibu bapa memberikan alasan terpaksa membiarkan anak bermain dengan peranti berkenaan kerana tiada masa untuk melayan kerenah mereka” Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia